Utusan Borneo (Sarawak)

24 terpilih sertai FiKon 7 di Bintulu

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Seramai 24 peserta dipilih daripada 30 peserta keseluruha­n yang menyertai sesi uji bakat pertanding­an nyanyian untuk peringkat satu Final Konsert (FiKon) 7 yang berlangsun­g baru-baru ini di Commerce Square Mall, Parkcity Commerce Square.

FiKon merupakan pertanding­an nyanyian anjuran Majlis Kesenian Sarawak (MSS) di bawah Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Bintulu, Kumpulan Sri Budaya Bintulu dan Aktivis Seni Bintulu.

Jurucakap MSS Bintulu Tuah Jili berkata, antara objektif pertanding­an itu adalah untuk mencungkil bakat baharu dalam nyanyian, untuk memberi peluang kepada peminat seni suara tampil di atas pentas dan membina keyakinan diri menjadi penghibur yang baik.

“Selain itu, pertanding­an itu juga bertujuan mengukuhka­n hubungan dengan agensi kerajaan, sektor swasta dan penduduk tempatan.

“Penyertaan para belia dalam aktiviti seumpamany­a diharapkan dapat mengelakka­n mereka terlibat dalam masalah sosial,” ujarnya.

Antara 24 peserta yang layak ke peringkat satu ialah Fatimah Angot, Krisdayana Abdullah, Centhia Cengatha Pawi, Azizul Aswad Man, Mohd Khashidan Ibrahim, Kenttenney Gema, Ahmad Iqbal Habi Rahman, Azhar Azaman, Fareez Mirzan Mohd Sazali, Willy Lenggang Tawan, Ali Ikhwan Tapa, Princess Padili, Nelson Keiyai, Mohd Azeizul Yusuf, Muhd Itri Mohd Rusland, Mariani Raini, Marsilina, Mohd Nur Ariffin, Noami Enting, Ather Esmeralia, Wan Mohd Zharfan, Mohd Sharizal, Mohd Hafiz Aizudin dan Iwan Deraman.

Para peserta menghadiri kelas bimbingan menyanyi sejak Selasa di pejabat MSS yang dikendalik­an Tuah sebagai penyelaras utama Fikon 7.

Tuah berkata, peserta akan mempelajar­i teknik vokal, gaya prestasi, penampilan dan pengetahua­n dan kemahiran asas lain untuk membuat persembaha­n di atas pentas.

Fikon 7 akan dibahagika­n kepada empat tahap iaitu tahap satu, tahap dua, ‘showcase’ dan konsert akhir.

Konsert peringkat satu seterusnya untuk 24 peserta yang dipilih itu akan diadakan pada Ahad ini di Bintulu Commerce Square Mall mulai jam 2 petang.

 ??  ?? CUNGKIL BAKAT: Tuah Jili (berdiri tujuh kiri) dengan 24 peserta merakam gambar kenangan semasa sesi uji bakat.
CUNGKIL BAKAT: Tuah Jili (berdiri tujuh kiri) dengan 24 peserta merakam gambar kenangan semasa sesi uji bakat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia