Utusan Borneo (Sarawak)

‘Ready Player One’ filem No.1 di box office Amerika Utara

-

PENGHORMAT­AN futuristik Steven Spielberg yang rancak kepada filem-filem pada zaman 1980an, ‘Ready Player One’, menduduki tempat teratas dalam tayangan sulungnya di box office Hujung Minggu Paska di Amerika Utara.

Filem mengenai seorang pemain permainan komputer remaja yang mendapati dirinya di dalam dunia realiti maya yang menagihkan pada tahun 2045 mengaut AS$41.2 juta (RM156.6 juta) pada hujung minggu pembukaann­ya, kata penjejak industri Exhibitor Relations.

Dibintangi Tye Sheridan sebagai pemain permainan komputer, Wade Watts, dengan barisan pelakon pembantuny­a terdiri daripada bintang termasuk Olivia Cooke, Ben Mendelsohn, TJ Miller dan Simon Pegg.

Pengkritik membayangk­an bahawa ‘Ready Player One’ – di mana Wade bertemu dengan ikon-ikon budaya pop pada zaman 1980an termasuk Freddy Krueger – adalah umpama autobiogra­fi sinematik bagi Spielberg, pengarah veteran beberapa filem yang berjaya termasuk “E.T.” dan “Jaws”.

Satu lagi pendatang baharu, filem aksi terbitan Lionsgate ‘Tyler Perry’s Acrimony’, menggantik­an ‘Black Panther’ di tempat nombor dua, dengan AS$17.1 juta (RM65 juta) dalam anggaran resit selama tiga hari pada hujung minggu.

Filem itu dibintangi Taraji P. Henson sebagai seorang isteri yang berdendam.

Di tempat ketiga, ‘Black Panther’ mengaut AS$11.3 juta (RM43 juta), menjadikan jumlah keseluruha­n kepada AS$650.7 juta (RM2.47 bilion) di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

Filem hit terbitan Marvel, yang dibintangi Chadwick Boseman, Michael B. Jordan dan Lupita Nyong’o, sudah memintas ‘The Avengers’ (2012) sebagai filem adiwira paling laris dalam sejarah AS.

Menceritak­an tentang kisah Raja T’Challa dari Wakanda, ‘Black Panther’ juga filem pertama sejak ‘Avatar’ (2009) untuk menduduki lima tempat teratas berturut-turut, dan merupakan filem kelima paling laris dalam sejarah di AS.

Drama berasaskan agama berbajet rendah ‘I Can Only Imagine’ jatuh ke tempat keempat, dengan mengaut AS$10.8 juta (RM41.04 juta).

Dibuat dengan bajet sederhana AS$7 juta (RM26.6 juta), filem itu dibintangi J. Michael Finley sebagai penyanyi utama sebuah kumpulan Kristian yang popular. Dennis Quaid dan Cloris Leachman turut berlakon.

Jatuh dari tempat pertama ke tempat kelima adalah sekuel filem aksi ‘Pacific Rim: Uprising’ yang menarik reviu bercampur-campur dan mengaut AS$9.2 juta (RM34.9 juta).

Dengan cerita yang berlaku 10 tahun selepas ‘Pacific Rim’, yang muncul di atas skrin pada 2013, ‘Uprising’ mengikuti generasi juruterban­g baharu dari mekanoid tentera gergasi ‘Jaeger’ dari filem pertama – yang melawan raksasa gergasi Kaiju yang mahu menamatkan umat manusia.

Filem Universal itu berkisar sekitar pelakon sensasi ‘Star Wars’ John Boyega sebagai Jake Pentecost, anak watak Idris Elba, Stacker, yang mati untuk menyelamat­kan dunia dalam filem pertama. — AFP

 ??  ?? KONSERT RAYA: Barisan artis yang memeriahka­n Rakaman Konsert Dimensi Legenda Raya.
KONSERT RAYA: Barisan artis yang memeriahka­n Rakaman Konsert Dimensi Legenda Raya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia