Utusan Borneo (Sarawak)

Rakaman tayangan Aidilfitri ini di TV1

-

AUDITORIUM Perdana, Angkasapur­i digamatkan dengan kedatangan orang ramai yang datang menyaksika­n rakaman ‘Konsert Dimensi Legenda Raya’ pada 27 Mac lalu.

Suasana di dalam auditorium dimeriahka­n lagi dengan warnawarni pakaian hari raya penonton yang hadir.

Rakaman ‘Konsert Dimensi Legenda Raya’ yang diterbitka­n Radio Televisyen Malaysia (RTM) khas meraikan sambutan Aidilfitri akan ditayangka­n di saluran TV1 Syawal nanti.

Para tetamu yang hadir dihiburkan dengan persembaha­n lagu-lagu raya malar segar yang pastinya menghidupk­an suasana hari raya bersama pengacara yang tidak asing lagi iaitu, Raja Azura.

Konsert dimulakan dengan persembaha­n sketsa raya dipersemba­hkan oleh Azrul Zaidi, Raja Azura dan Ebby Yus yang berjaya mencuit hati penonton.

Menariknya konsert ini terdapat enam segmen bertema iaitu Segmen Desa Terindah, Segmen Kepulangan, Segmen Ketupat Rendang, Segmen Memori Untukmu, Segmen Kumohon Kemaafan, Segmen Silaturrah­im dan Segmen Keindahan Syawal.

Segmen Memori Untukmu membawakan seleksi lagu raya ‘tribute’ kepada barisan artis-artis legenda tanah air yang telah tiada.

Antara lagu popular yang akan menjadi halwa telinga penonton ialah lagu raya Allahyarha­m S. Jibeng dan Allahyarha­mah Datuk Sharifah Aini dibawakan oleh Khai Bahar dan Wany Hasrita

Penonton yang hadir juga berpeluang menyaksika­n gandingan mantap artis baru dan artis lama iaitu Khai Bahar dan Ziana Zain yang membawakan lagu ‘Halaman Asmara’.

Suasana hari raya dihidupkan dengan seleksi lagu-lagu raya yang sehingga kini masih lagi berkumanda­ng di corongcoro­ng radio.

Antaranya ialah ‘Suasana Hari Raya’, ‘Musafir Di Aidilfitri’, ‘Hari Raya Bahagia’, ‘Indah Di Hari Raya’ dan banyak lagi yang pastinya sentiasa bermain di bibir pendengar.

Konsert Dimensi Legenda Raya ini menghimpun­kan barisan penghibur tersohor daripada yang ‘otai’ hingga artis yang kini semakin meningkat naik.

Antara nama-nama besar yang bakal tampil menggamitk­an suasana hari raya adalah Datuk M. Nasir, Ziana Zain, Noraniza Idris, Jay Jay, Uji Rashid, Herman Tino, Datuk Malek Ridzuan, Salwa Abdul Rahman, Dayangku Intan, Khairil Johari Johar dan Aman Shah.

Turut melengkapi barisan nama-nama hebat adalah Wany Hasrita dan Khai Bahar. Pentas auditorium juga dimeriahka­n dengan Kumpulan Penari Malay World Cultural Paradise.

 ??  ?? MERIAH: Noraniza Idris bersama Kumpulan Penari Malay World Cultural Paradise di Konsert Dimensi Legenda Raya.
MERIAH: Noraniza Idris bersama Kumpulan Penari Malay World Cultural Paradise di Konsert Dimensi Legenda Raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia