Utusan Borneo (Sarawak)

Menjelang keputusan Mahkamah Agung terhadap bekas presiden Brazil itu dalam kes rasuah

-

SAO PAULO: Ribuan warga Brazil berdemonst­rasi untuk menyokong hukuman penjara bagi bekas presiden dan calon utama dalam pilihan raya Luiz Inacio Lula da Silva sehari sebelum Mahkamah Agung membuat keputusan semalam sama ada beliau harus mula menjalani hukuman selama 12 tahun atas kesalahan rasuah ataupun tidak.

Seramai 20,000 menunjuk perasaan selepas kerja di bandar raya terbesar di negara itu, Sao Paulo, selain beberapa ribu di Rio de Janeiro dan jumlah lebih kecil di bandar raya lain.

Ketua angkatan tentera Jeneral Eduardo Villas Boas tweet bahawa tentera samasama mempunyai “keinginan rakyat Brazil untuk menolak amalan membiarkan kesalahan tanpa dihukum”.

Komen itu, yang kemungkina­n dilihat sebagai menyokong hukuman penjara bagi Lula, adalah campur tangan dalam politik yang jarang sekali dilakukan oleh seorang jeneral di negara yang pernah diperintah oleh tentera kuku besi selama dua dekad sehingga 1985.

Villas Boas juga bertanya “siapakah yang benar-benar memikirkan tentang kebaikan negara dan generasi pada masa depan dan siapakah yang hanya bimbang mengenai kepentinga­n peribadi?”

Penunjuk perasaan menuntut agar Lula memulakan hukumannya dan dilarang daripada bertanding dalam pilihan raya presiden pada 7 Oktober lalu di mana veteran haluan kiri itu mendahului dalam tinjauan, walaupun beliau ada masalah undangunda­ng.

“Kami mahu Brazil dibebaskan daripada rasuah yang memalukan ini. Masukkan Lula ke dalam penjara dan biarkan Brazil membuka lembaran baharu,” kata Mara Massa, 67, di protes di Sao Paulo, di mana orang ramai melaung “Tiada lagi Lula!”

Demonstras­i lebih kecil yang menyokong pengasas Parti Pekerja itu turut berlangsun­g di seluruh negara.

Perbicaraa­n yang dijadualka­n di ibu negara Brasilia semalam telah menjadi tumpuan utama bagi rakyat Brazil yang begitu berpecah-belah.

Lula, 72, dijatuhi hukuman penjara 12 selama 12 tahun satu bulan selepas disabit kesalahan pada tahun lepas atas tuduhan menerima sebuah pangsapuri tepi laut sebagai sogokan dari sebuah syarikat pembinaan besar yang mahukan kontrak kerajaan. Beliau merayu di mahkamah rendah tetapi ditolak.

Di bawah undang-undang sekarang, itu bermakna beliau harus segera pergi ke penjara, dan pada waktu yang sama mengemukak­an rayuan selanjutny­a.

Bagaimanap­un Lula telah meminta Mahkamah Agung untuk memberikan kepadanya laluan habeas corpus, yang membolehka­nnya untuk terus bebas sementara beliau menge- mukakan rayuan tersebut.

Mahkamah dipercayai berbelah-bahagi mengenai isu itu, dan seorang hakim yang mengubah pendirian adalah cukup untuk membebaska­n Lula – dan mencerahka­n lagi peluangnya yang mencabar untuk menjadi presiden bagi penggal ketiga.

Jika mahkamah menolaknya, beliau boleh dibawa ke penjara pada minggu ini.

Mereka di sebelah kiri yang mengingati Lula kerana mengeluark­an puluhan juta penduduk daripada kemiskinan selama dua penggal beliau memerintah dari 2003-2010 menganggap ancaman penjara itu sebagai serangan ke atas demokrasi.

Lula memberitah­u orang ramai di Rio de Janeiro lewat Isnin lepas bahawa beliau menganggap perjuangan­nya sebagai kesinambun­gan perjuangan menentang pemerintah­an kuku besi selama dua dekad yang berakhir pada 1985.

“Saya tidak menerima pemerintah­an kuku besi tentera dan saya tidak akan menerima pemerintah­an kuku besi pendakwa raya ini,” katanya.

Sebelum Villas Boas membuat komen yang luar biasa itu, seorang jeneral tentera simpanan berkata dalam akhbar Estadao bahawa keputusan Mahkamah Agung yang membebaska­n Lula akan “mendorong” keganasan dan “konflik pembunuhan saudara”.

Jeneral Luiz Gonzaga Schroeder Lessa, yang mempunyai sejarah membuat kenyataan provokatif, malah kelihatan mengancam untuk melancarka­n kudeta, dengan menyatakan kemenangan Lula dalam pilihan raya “tidak akan memberi jalan lain kecuali reaksi bersenjata. Angkatan tentera perlu memulihkan ketenteram­an”.

Mahkamah tertinggi juga menerima tekanan yang kuat daripada pendakwa raya seperti Deltan Dallagnol, yang menerajui siasatan antirasuah ‘Cuci Kereta’ besar-besaran di Brazil, yang sudah menangkap puluhan ahli politik berpangkat tinggi selain Lula.

Pada Isnin lepas lebih 5,000 hakim dan pendakwa raya menandatan­gani petisyen untuk menentang tindakan memberi permintaan habeas corpus kepada Lula.

Ketua hakim Mahkamah Agung, Carmen Lucia, menerima 10,000 e-mel daripada warga Brazil kelmarin sahaja, media tempatan melaporkan.

Ketua Pendakwa Raya Raquel Dodge berkata membenarka­n penjenayah yang disabit kesalahan untuk terus bebas sementara menunggu beberapa rayuan akan “memusnahka­n” sistem keadilan.

Bagaimanap­un, seorang daripada 11 hakim Mahkamah Agung, Gilmar Mendes, cuba meyakinkan negara dengan menyatakan keputusan mahkamah – tidak kira apa pun keputusann­ya – akan “menenangka­n keadaan, bukan meningkatk­an lagi konflik”. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? RIUH: Aktivis Gerakan Bebas Brazil (MBL) antara ribuan warga Brazil yang mengambil bahagian dalam demonstras­i menuntut pemenjaraa­n Lula di Praca da Liberdade di Belo Horizonte, Brazil kelmarin.
— Gambar AFP RIUH: Aktivis Gerakan Bebas Brazil (MBL) antara ribuan warga Brazil yang mengambil bahagian dalam demonstras­i menuntut pemenjaraa­n Lula di Praca da Liberdade di Belo Horizonte, Brazil kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia