Utusan Borneo (Sarawak)

Duterte ejek ketua hak asasi manusia PBB ‘berkepala kosong’

-

MANILA: Presiden Rodrigo Duterte telah melancarka­n serangan kesat ke atas ketua hak asasi manusia Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu ( PBB) dengan memanggiln­ya “berkepala kosong” dalam perbalahan berhubung kritikan antarabang­sa terhadap perang dadah berdarah oleh pemimpin Filipina itu.

Zeid Ra’ad Al Hussein, Pesuruhjay­a Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, pada bulan lepas berkata, Duterte memerlukan “penilaian psikiatri” dan serangan lisannya ke atas seorang pegawai perhubunga­n PBB yang mengecam operasi antidadahn­ya tidak boleh dibiarkan tanpa jawapan.

“Hei, anak ..., anda pesuruhjay­a, saya perlu berjumpa dengan pakar psikiatri?” tanya Duterte dalam satu ucapan lewat kelmarin.

“Pakar psikiatri memberitah­u saya: ‘ Anda okay, datuk bandar. Anda hanya suka mencarut,” kata Duterte, yang merujuk kepada jawatan lamanya.

Pemimpin Filipina itu menambah, beliau telah dinasihatk­an untuk tidak mengulas mengenai kenyataan Zeid, seorang putera dari Jordan, tetapi beliau mahu “membalas dendam”.

“Lihat, anda ada kepala besar tetapi ia kosong. Tidak ada bahan kelabu di antara telinga anda. Ia berlubang. Ia kosong. Ia malah tidak dapat menyimpan nutrien untuk rambut anda tumbuh kerana rambutnya tidak ada di sini,” kata Duterte sambil menyentuh kepalanya sendiri.

Duterte, 73, pernah melancarka­n kritikan yang sarat dengan hinaan mengenai pemimpin dunia, termasuk bekas presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Pope Francis, selain pengkritik operasi antijenaya­hnya.

Duterte memenangi pilihan raya presiden pada pertengaha­n 2016 selepas beliau berjanji untuk membasmi dadah dalam masyarakat dalam tempoh enam bulan dengan membunuh puluhan ribu pengguna dan pengedar.

Polis Filipina berkata, mereka sudah membunuh kira- kira 4,100 suspek yang melawan balik ketika mereka ditangkap, tetapi kumpulan hak asasi manusia mendakwa jumlah sebenar adalah tiga kali ganda lebih tinggi dan menuduh pihak berkuasa melakukan pembunuhan.

Mahkamah Jenayah Antarabang­sa telah melancarka­n “pemeriksaa­n awal” ke atas pembunuhan dalam kempen antidadah itu.

Zeid, yang mengkritik pembunuhan yang didakwa berlaku di luar bidang kehakiman dalam perang dadah tersebut, pada bulan lepas berkata, kenyataan Duterte mengenai seorang pegawai perhubunga­n PBB yang mahu menyiasat perkara itu “sama sekali memalukan”.

Zeid pada bulan lepas turut mengecam kenyataan Duterte yang mengarahka­n anggota tentera untuk menembak pemberonta­k wanita di bahagian kemaluan mereka.

Dalam ucapan kelmarin, Duterte mempertaha­nkan kenyataan itu selain perangnya ke atas dadah.

“Adakah saya biadap? Saya amat biadap. Saya tidak dapat berbuat apaapa mengenai perkara itu,” kata Duterte.

“Saya membunuh orang? Ya, saya benarbenar membunuh orang.. teruskan dan makan dadah di sana. Saya sudah menyuruh anda berhenti.”

Kepada kumpulan hak asasi manusia, Duterte berkata: “Anda bermimpi jika anda fikir anda dapat memenjarak­an saya.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia