Utusan Borneo (Sarawak)

Protes guru masuk hari kedua di Oklahoma

-

CHICAGO: Protes guru memasuki hari kedua di negeri Oklahoma, Amerika Syarikat, kelmarin manakala penggubal undang-undang menghadapi pemberonta­kan yang semakin menular menentang pemotongan besar selama sedekad kepada pendidikan awam.

Kesatuan guru yang menganjurk­an demonstras­i itu menganggar­kan sekurangku­rangnya 20,000 berhimpun di luar kapitol di Oklahoma City dan memenuhi setiap tingkat bangunan bulat itu di dalam – sambil melaung, “Kami tidak akan keluar” dan mendesak penggubal undang-undang menangani kebimbanga­n mereka.

Beberapa daerah sekolah merancang penutupan selama beberapa hari.

“Kami boleh meneruskan­nya selama mungkin,” kata guru sekolah rendah Jennifer Thornton kepada AFP.

“Saya sudah tentulah berharap ia tidak akan mengambil masa yang lebih lama daripada minggu ini.”

Pada Isnin lepas, puluhan ribu guru dan penyokong mereka memenuhi kapitol negeri manakala ribuan penunjuk perasaan di Kentucky serentak mengepung dewan undangan negeri itu di bandar Frankfort.

Protes itu merupakan sebahagian daripada siri yang berlaku di negeri- negeri yang didominasi Republikan di mana guru-guru terpaksa bekerja dengan gaji rendah dan pemotongan kepada sekolah awam selepas penggubal undang-undang mengurangk­an perbelanja­an.

Penunjuk perasaan di Oklahoma hampa kelmarin – pada satu ketika membuat ejekan beramai-ramai – dengan dewan undangan yang dikuasai Republikan, yang menangguhk­an sesi tanpa menangani permintaan guru bagi lebih banyak pembiayaan dan gaji lebih tinggi.

“Ramai daripada mereka berkata bajet pendidikan sudah dibuat untuk tahun ini, anda membuang masa anda,” kata Thornton, yang merujuk kepada ahli perundanga­n yang berjumpa dengan guru kelmarin.

Penggubal undang-undang di Oklahoma baru-baru ini menyetujui kenaikan cukai untuk menaikkan gaji guru pada purata sebanyak AS$6,100 (RM23,180) setahun.

Namun ia tidak cukup untuk memuaskan hati pendidik, yang menegaskan pemotongan sejak beberapa tahun lalu adalah jauh lebih banyak berbanding apa yang diberi balik oleh penggubal undang-undang.

Oklahoma merupakan sebuah daripada 12 negeri yang mengurangk­an perbelanja­an pendidikan ekoran kemeleseta­n pada 2008 dan gagal untuk memulihkan dana tersebut selepas ekonomi bertambah baik, menurut Pusat bagi Keutamaan Dasar dan Bajet, sebuah badan pemikir haluan kiri di Washington DC. — AFP BEIJING: Pelajar perubatan China yang memakai gaun putih membawa bunga kekwa putih di satu acara peringatan untuk “guru-guru senyap” mereka – orang yang menderma jasad mereka kepada sains – sebelum “Hari Menyapu Kubur” tahunan yang memberi penghormat­an kepada orang yang sudah meninggal dunia.

Sewaktu perayaan Qingming, orang Cina menurut tradisi membersih kubur ahli keluarga yang tersayang, membakar pemberian kertas untuk memberi penghormat­an kepada mereka dan memberi keselesaan kepada mereka di alam selepas kematian.

Bunga teratai atau bunga kekwa – bunga yang dikaitkan dengan kematian – sering ditempatka­n di atas kubur sewaktu perayaan ini yang akan jatuh pada Khamis tahun ini.

Pada Isnin lepas, pelajar perubatan di Universiti Zhejiang di Hangzhou, timur China, membawa bunga tersebut di satu acara peringatan bagi penderma jasad.

Norma kebudayaan yang menyatakan jasad orang mati harus kekal sempurna serta kekurangan kesedaran tentang pendermaan jasad telah memaksa sekolah perubatan di China untuk mencari mayat yang diperlukan bagi pelajaran anatomi.

Beberapa sekolah perubatan di seluruh negara sudah mula menganjurk­an acara peringatan bagi penderma jasad sebelum Qingming untuk mewujudkan kesedaran tentang keperluan bagi pendermaan sukarela. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia