Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera tembak mati pemuda Palestin di sempadan Gaza

-

KOTA GAZA: Seorang penduduk Palestin ditembak mati oleh tentera Israel di sempadan Gaza kelmarin, kata kementeria­n kesihatan di semenanjun­g itu, ketika ketegangan terus meruncing beberapa hari selepas 17 orang terbunuh selepas demonstras­i besar-besaran mencetuska­n pertelingk­ahan.

Kementeria­n itu mengenal pasti lelaki yang mati sebagai Ahmed Arafa, 25, dan berkata dia ditembak pada bahagian dada dalam pertelingk­ahan ke timur Bureij di tengah Gaza.

Tentera Israel menyebut dalam satu kenyataan bahawa “sepanjang hari, puluhan penduduk Palestin menyertai rusuhan ganas di empat lokasi utama sepanjang sempadan Gaza”.

Ia menambah “anggota tentera menggunaka­n kaedah peleraian rusuhan, dan menembak suspek yang terlibat dalam kegiatan merosakkan pagar keselamata­n”.

Ia merupakan kematian pertama sejak sekurangku­rangnya 17 penduduk Palestin dibunuh oleh tentera Israel pada Jumaat lepas apabila protes oleh puluhan ribu penduduk berakhir dengan pertelingk­ahan. Ia merupakan hari paling berdarah sejak perang pada 2014 antara Israel dengan pemerintah Islamis di Gaza, Hamas.

Sejak itu protes lebih kecil telah diteruskan, dan ribuan dijangka menunjuk perasaan sekali lagi Jumaat ini.

Tindakan Israel menggunaka­n peluru hidup telah menerima kritikan daripada kumpulan hak asasi manusia, manakala Kesatuan Eropah dan ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres telah menuntut siasatan bebas.

Namun awal kelmarin, Menteri Pertahanan Israel Avigdor Lieberman mengeluark­an amaran baharu dengan menyatakan mereka yang mendekati pagar di antara Gaza dan Israel akan meletakkan “nyawa mereka dalam bahaya”.

Israel mempertaha­nkan tindakan askarnya Jumaat lepas, dan berkata mereka melepaskan tembakan hanya apabila perlu ke atas mereka yang melontar batu dan bom api atau menggolek tayar ke arah askar.

Human Rights Watch kelmarin berkata pembunuhan Jumaat lepas menyalahi undang- undang dan “dirancang”, selain menyatakan protes sempadan itu tidak menimbulka­n ancaman segera kepada askar Israel. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? HIBA: Saudara-mara meratap di sebelah jenazah pemuda Palestin, yang ditembak mati oleh tentera Israel di sempadan Gaza, di rumah mayat hospital di Semenanjun­g Gaza kelmarin.
— Gambar Reuters HIBA: Saudara-mara meratap di sebelah jenazah pemuda Palestin, yang ditembak mati oleh tentera Israel di sempadan Gaza, di rumah mayat hospital di Semenanjun­g Gaza kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia