Utusan Borneo (Sarawak)

Demonstras­i sokong hukum penjara Lula

Putera Charles mulakan jelajah ke-16 di Australia

- Muka

BRISBANE: Putera Charles dari Britain secara rasmi memulakan jelajah ke-16 di Australia bersama isteri baginda Camilla semalam manakala ayahanda baginda Philip dimasukkan ke hospital di London untuk pembedahan pinggul yang sudah dirancang lebih awal.

Pewaris takhta itu menerima sambutan simbolik penuh adat istiadat dan tabik 21 das tembakan di Rumah Kerajaan di Brisbane sebelum baginda bertemu dengan ratusan penduduk Botanic Gardens di bandar raya itu.

Putera itu berada di Australia amnya untuk merasmikan Sukan Komanwel di Gold Coast yang bermula lewat semalam, tetapi akan turut melawat Cairns dan negara Pasifik Vanuatu sebelum baginda kembali ke tanah air pada minggu depan.

Menurut akhbar The Australian, baginda dan Camilla berjaya memasuki negara secara senyap-senyap beberapa hari lebih awal untuk percutian sulit bersama rakan- rakan di sebuah ladang di Gundagai di kawasan desa New South Wales.

Baginda membuat lawatan itu ketika berita melaporkan Putera Philip, 96, yang bersara daripada kehidupan awam pada tahun lepas, telah dibawa ke Hospital King Edward VII di London kelmarin untuk menjalani pembedahan.

Ia adalah waktu yang sibuk bagi Charles, dengan anakanda sulung baginda William dan isteri baginda Kate dijangka akan melahirkan anak ketiga mereka tidak lama lagi, dan Putera Harry bersiap sedia untuk mengahwini aktres dari Amerika Syarikat Meghan Markle pada Mei.

Perdana Menteri Malcolm Turnbull berkata, beliau mengalu- alukan kesempatan untuk bertemu dengan putera itu, yang beliau anggap sebagai seorang lelaki yang menawan dan berpengeta­huan.

“Kami sentiasa sangat mesra,” kata Turnbull kepada radio ABC.

“Baginda dan saya mempunyai banyak minat yang sama, khususnya dari segi urbanisme, seni bina, perancanga­n, alam sekitar dan ekologi.”

Kuasa mahkota British di Australia amnya hanya simbolik sahaja, dan sementara Ratu Elizabeth II masih amat popular sekali, monarki itu dilihat oleh segelintir pihak sebagai relik penjajah yang ketinggala­n zaman.

Turnbull merupakan aktivis penting dalam referendum republikan pada 1999, sebahagian daripada usaha yang tewas untuk memansuhka­n hubungan Australia yang masih ada dengan kerabat diraja Britain. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MESRA: Putera Charles dan isterinya Camilla beramah mesra dengan penduduk setempat ketika kunjungan ke bandar raya Brisbane di Australia semalam.
— Gambar AFP MESRA: Putera Charles dan isterinya Camilla beramah mesra dengan penduduk setempat ketika kunjungan ke bandar raya Brisbane di Australia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia