Utusan Borneo (Sarawak)

Perusuh bakar rumah dua tokoh politik Dalit

-

NEW DELHI: Ratusan anggota keselamata­n India melaksanak­an perintah berkurung di sebuah daerah yang tegang semalam setelah perusuh membakar rumah dua tokoh politik dari masyarakat kasta rendah Dalit di negara itu.

Di tengah-tengah ketegangan kaum yang meruncing berhubung hak kasta, kirakira 5,000 orang yang marah mengenai protes Dalit sebelum ini kelmarin membakar rumah milik seorang ahli dewan undangan negeri dan bekas penggubal undangunda­ng dalam daerah Karauli di negeri pelanconga­n yang popular, Rajasthan.

Kedua-dua mereka tidak ada di rumah ketika kejadian, kata pegawai pentadbira­n tertinggi daerah kepada AFP.

“Kami sudah membuat beberapa tangkapan ekoran kebakaran dan keganasan itu. Perintah berkurung sudah dikuatkuas­akan dan kami juga sudah mengerahka­n 600700 kakitangan keselamata­n tambahan,” kata Abhimanyu Kumar.

Insiden itu menyusuli protes ganas di seluruh negara oleh puluhan ribu orang Dalit pada Isnin lepas yang mengorbank­an sekurang-kurangnya sembilan nyawa.

Dahulu ditepis sebagai “golongan tidak dapat disentuh”, orang Dalit merangkumi 200 juta daripada 1.25 bilion penduduk di India dan berada pada bahagian bawah hirarki kasta.

Mereka berang dengan keputusan Mahkamah Agung yang menurut mereka melemahkan undang- undang yang bertujuan melindungi masyarakat kasta rendah.

Mahkamah pada bulan lepas melarang penangkapa­n automatik ke atas orang yang dituduh menyerang atau mengganggu orang Dalit dan kumpulan lain yang dipinggirk­an.

Walaupun mahkamah menyatakan hasratnya adalah untuk mencegah kes palsu, pemimpin Dalit berkata masyarakat itu kini rasa lebih terdedah kepada serangan.

Diskrimina­si telah menjadi isu politik menjelang pilihan raya kebangsaan yang mesti diadakan sebelum Mei 2019. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia