Utusan Borneo (Sarawak)

Penunjuk perasaan didakwa rosak kubur bekas pemerintah nasionalis

-

TAIPEI: Penunjuk perasaan yang merosakkan kubur seorang bekas pemerintah nasionalis di Taiwan telah didakwa dalam kes yang mengetenga­hkan pendapat yang berbeza mengenai cara untuk menangani masa silam di bawah pemerintah­an kuku besi di pulau tersebut.

Seramai 10 orang menyimbah cat merah di atas keranda Chiang Kai-shek pada hujung Februari lalu, pada ulang tahun ke- 71 pembunuhan beramai- ramai oleh puak nasionalis yang dianggar mengorbank­an seramai 28,000 orang.

Aktivis tersebut meminta kerajaan memadamkan semua penghormat­an kepada Chiang dan anak lelakinya, dengan menyatakan mereka adalah diktator yang menyelia pembersiha­n politik ‘White Terror’ selama berdekad-dekad yang menyaksika­n ribuan orang dihukum mati.

Taiwan sudah berubah menjadi demokrasi sepenuhnya sejak undang- undang tentera dimansuhka­n pada 1987 tetapi ia hanyalah pada Disember lalu baharulah rang undang- undang diluluskan untuk menangani legasi ketidakadi­lan sedemikian.

Makam Chiang di bandar utara Taoyuan sudah ditutup kepada orang ramai sejak insiden itu dan penunjuk perasaan didakwa kelmarin melakukan kerosakan dan tidak menghormat­i sebuah tugu peringatan awam.

Dalam satu kenyataan, pendakwa raya berkata, Taiwan “memberi perlindung­an maksimum kepada mana-mana kepercayaa­n atau tafsiran politik dan sejarah, dalam skop kebebasan bersuara, tetapi kaedah ekspresi masih perlu mematuhi undang-undang”.

Beberapa defendan merupakan pelajar manakala peserta lain adalah anggota kumpulan aktivis termasuk Parti Taiwan Bebas, yang mendukung Taiwan sebagai sebuah negara yang merdeka daripada China.

Bagi ramai belia di pulau itu, Chiang juga sinonim dengan pemerintah­an kuku besi yang warga Taiwan yang berhati-hati sekarang samakan dengan tanah besar China, yang masih menganggap pulau itu sebagai sebahagian daripada wilayahnya.

Namun ramai yang masih menyanjung­nya sebagai seorang wira kerana mengetuai anggota tentera Kuomintang ( KMT) untuk menentang tentera Komunis dan tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia