Utusan Borneo (Sarawak)

Laluan baharu dijangka galak lebih ramai pelancong guna LTAM sebagai pintu keluar masuk Melaka ke Medan dan sebaliknya

-

MELAKA: Melaka menyasarka­n 50,000 penumpang akan memasuki negeri itu sehingga akhir 2018 apabila anak syarikat Lion Group Indonesia, Wings Air memulakan penerbanga­n sulung dari Medan ke Melaka mulai 20 April depan.

Exco Pengangkut­an, Pemulihan Projek dan Perdaganga­n Antarabang­sa Melaka Datuk Lim Ban Hong berkata, syarikat tambang murah yang beroperasi dengan kerjasama Malindo Air, akan mendarat di Lapangan Terbang Melaka (LTAM) di Batu Berendam di sini dan menggunaka­n pesawat jenis ATR 72 dengan kapasiti sebanyak 72 penumpang pada satu-satu masa.

Menurutnya, laluan penerbanga­n selama kira-kira sejam itu merupakan destinasi ketiga Wings Air di Malaysia selain laluan Pontianak (Indonesia)Kuching serta Pontianak-Miri.

“Penerbanga­n ke Melaka ini akan beroperasi setiap hari dengan kekerapan sekali sehari iaitu 4.30 petang waktu Malaysia dari Medan dan tiba sejam kemudian serta bertolak semula pada 6 petang.

“Harga tiket adalah sekitar RM200 ke RM400 bagi perjalanan dua hala dan boleh dibeli secara dalam talian di laman sesawang Malindo Air (Malaysia) dan Lion Air (Indonesia),” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Turut hadir Pengurus Stesen Malindo Air Asmawati Sapiae dan Pemangku Pengurus Malaysia Airports Sdn Bhd cawangan Melaka Zalina Zakaria.

Mengulas lanjut, Lim berkata pembukaan laluan baharu dijangka menggalakk­an lebih ramai pelancong tempatan dan asing menggunaka­n LTAM sebagai pintu keluar masuk Melaka ke Medan dan sebaliknya.

“Ini akan turut meningkatk­an sektor pelanconga­n perubatan di sini kerana ramai rakyat Indonesia ke Melaka untuk mendapatka­n khidmat nasihat dan rawatan hospital swasta di negeri ini.

“Selain itu, penduduk Medan juga memberi perhatian kepada pembanguna­n dan kemajuan Melaka, khususnya sektor perumahan dan hartanah. Ini akan menggalakk­an lebih ramai pelabur melabur dalam bidang hartanah serta pelanconga­n atau perhotelan,” katanya.

Selain itu, katanya, sebanyak 56,865 penumpang penerbanga­n menggunaka­n LTAM pada tahun lepas manakala 15,726 penumpang direkodkan dalam tempoh suku pertama tahun ini.

Beliau berkata, pada masa ini, hanya Malindo Air menawarkan penerbanga­n dua hala setiap hari dari LTAM ke Pulau Pinang dan Pekan Baru di Indonesia.

Dalam perkembang­an lain, Lim berkata kerajaan negeri Melaka telah mencadangk­an empat laluan baharu menggunaka­n LTAM iaitu Guangzhou di China, Jakarta (Indonesia) selain destinasi tempatan iaitu Kota Kinabalu dan Langkawi, kepada syarikat penerbanga­n tambang rendah, AirAsia.

Menurutnya, cadangan itu masih dalam perbincang­an dan menyifatka­n perkembang­annya sebagai positif, setakat ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MAJUKAN PELANCONGA­N: Lim (tiga kiri) menunjukka­n poster pembukaan laluan baharu dari Medan Indonesia ke Melaka menggunaka­n Lapangan Terbang Antarabang­sa Melaka (LTAM) di Batu Berendam pada sidang akhbar semalam.
— Gambar Bernama MAJUKAN PELANCONGA­N: Lim (tiga kiri) menunjukka­n poster pembukaan laluan baharu dari Medan Indonesia ke Melaka menggunaka­n Lapangan Terbang Antarabang­sa Melaka (LTAM) di Batu Berendam pada sidang akhbar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia