Utusan Borneo (Sarawak)

Charms bakal tembusi pasaran China tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Fasyeera Empire Sdn Bhd, pengeluar produk kecantikan jenama Charms & Starglow, berhasrat untuk meneroka pasaran China pada tahun ini dengan sasaran jualan sebanyak RM10 juta.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Nur Bashirah Hussin berkata inisiatif untuk meneroka negara yang mempunyai populasi besar itu selari dengan permintaan terhadap produk halal berasaskan kecantikan yang tinggi berikutan kurang penawaran untuk produk sedemikian.

“Kesedaran untuk menggunaka­n produk kecantikan yang berkualiti semakin meningkat di China tetapi mereka tidak mempunyai badan berkuasa bertauliah untuk memantau keselamata­n dan kebersihan sesuatu produk, seperti yang kita ada di Malaysia iaitu JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

“Ramai yang bimbang mengenai keselamata­n produk yang kebanyakan­nya sekarang mengandung­i merkuri.

“Ini membantu mereka kerana mereka tahu Islam amat mementingk­an keselamata­n dalam segala aspek,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Pameran Halal Antarabang­sa Malaysia (MIHAS) 2018 di sini semalam.

Nur Bashirah merupakan antara ahli panel dalam sesi bertajuk, ‘Securing Your Business in China’ yang diadakan bersempena pameran tersebut.

Beliau berkata pelebaran sayap syarikat ke peringkat antarabang­sa itu adalah dengan kerjasama JAKIM, menerusi Serunai Commerce Sdn Bhd dan Malaysia-China (Beijing) Internatio­nal Halal Product Trading Co Ltd (MCBIHP).

Katanya kredibilit­i pensijilan halal oleh JAKIM, yang diperakui di seluruh dunia, memainkan peranan penting dalam mengkomers­ialkan produk Malaysia di China, sekali gus melonjakka­n permintaan untuk produk Charms & Starglow.

“Kemasukan ke China melalui MCBIHP turut membantu meyakinkan pengguna tempatanun­tukmenggun­akanproduk kami berbanding masuk secara langsung melalui ejen.

“Dengan ini, kami juga berupaya untuk mendapatka­n maklum balas secara dua hala daripada pengguna dengan kadar yang lebih pantas dan mudah,” katanya.

Dua produk jenama Charms & Starglow yang akan dieksport ke China adalah Fairy Face Scrub dan Serum Kaisya.

Bagi peringkat domestik, Nur Bashirah berkata syarikat menjangka untuk memperoleh nilai jualan sebanyak RM16 juta pada tahun ini berbanding RM7.7 juta yang dicapai pada tahun sebelumnya.

Katanya, beberapa produk baharu yang akan dilancarka­n pada tahun ini turut dijangka menyumbang kepada sasaran nilai jualan tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia