Utusan Borneo (Sarawak)

Infra kewangan Asia menyaksika­n kepelbagai­an yang tinggi: Moody’s

-

SINGAPURA: Pembiayaan untuk projek infrastruk­tur di Asia akan menunjukka­n peningkata­n kepelbagai­an, kata Moody’s Investors Service.

Dalam satu kenyataan semalam, pengarah urusannya Terry Fanous berkata keperluan untuk pelaburan infrastruk­tur yang besar di Asia, akan mendorong inovasi dalam struktur pembiayaan dan menjurus kepada peningkata­n penggunaan pelbagai bentuk penambahba­ikan kredit.

Malah, kepelbagai­an dalam pembiayaan merupakan kunci dalam menyalurka­n pelaburan untuk infrastruk­tur di Asia,” katanya.

Menurut laporan Moody’s bertajuk, ‘Infrastruk­tur & Pembiayaan Projek – Asia: Memperluas kepelbagai­an dana untuk merapatkan jurang pembiayaan infrastruk­tur’, keperluan infrastruk­tur di Asia sangat besar berbanding jumlah hutang yang dikumpul oleh syarikat infrastruk­tur milik negara dan swasta.

Memetik anggaran Bank Pembanguna­n Asia, firma penarafan itu berkata Asia perlu melabur AS$1.7 trilion setahun untuk infrastruk­tur antara 2016 dan 2030.

Bagi memenuhi keperluan pelaburan itu memerlukan mobilasi pelbagai sumber modal sektor swasta bagi menambah perbelanja­an sektor awam.

“Transaksi duluan ke atas projek infrastruk­tur Asia menunjukka­n pelabur institusi sangat tertarik terhadap infrastruk­tur Asia dan penerbitan bon projek, malah mereka yang mempunyai ciri hutang jangka panjang tidak berlunas,” kata Naib Presiden dan Pegawai Kanan Kredit Moody’s, Ray Tay.

Beliau berkata selera pelabur yang menguntung­kan dan kekangan terhadap pinjaman bank mungkin menjurus kepada lebih banyak infrastruk­tur korporat dan terbitan bon projek.

“Aliran transaksi yang bertambah akan membiasaka­n pelabur institusi kepada sektor infrastruk­tur di Asia, dan kepelbagai­an mengikut sektor, geografi dan kualiti kredit, akan menjadikan pasaran yang lebih teguh,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: RAM Ratings menjangka pertumbuha­n eksport dan import Malaysia akan susut sementara masing-masing kepada 2.0 peratus dan 0.6 peratus pada Februari 2018, membawa kepada lebihan dagangan sebanyak RM9.8 bilion.

Agensi penarafan itu dalam satu kenyataan berkata, aktiviti perindustr­ian dijangka mengubah kepada pergerakan perlahan di tengah- tengah sambutan Tahun Baharu Cina, antara musim cuti utama di Malaysia dan juga di negara rakan dagangan terbesar Malaysia (Singapura dan China), ditambah dengan bulan pekerjaan yang sedia pendek.

“Terdapat juga bukti beberapa penghantar­an awal pada Januari menjelang musim cuti berkenaan, menyebabka­n momentum dagangan menjadi sederhana pada Februari,” katanya.

Menurut RAM Ratings, perbezaan musim Tahun Baru Cina pada 2017 yang jatuh pada Januari berbanding Februari tahun ini, juga mewujudkan kesan asas yang tinggi untuk pertumbuha­n pada Februari.

Katanya, pertumbuha­n eksport dan import memecut kepada masing-masing 26.6 peratus dan 27.7 peratus pada Februari 2017 (Januari 2017: 13.6 peratus dan 16.1 peratus).

Pada Mac 2018, Amerika Syarikat mengenakan tarif import yang tinggi masing-masing sebanyak 25 peratus dan 10 peratus terhadap keluli dan aluminium, bagaimanap­un menurut RAM Ratings, polisi perlindung­an ini dijangka tidak memberikan kesan besar terhadap prestasi eksport Malaysia.

Ini memandangk­an bahagian yang kecil, secara perbanding­an, pegangan AS terhadap permintaan ke atas keluli dan aluminium, yang keseluruha­nnya adalah tidak lebih dari 0.1 peratus daripada keseluruha­n eksport pada 2017. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia