Utusan Borneo (Sarawak)

CIMB sasar premium insurans bukan hayat RM200j tahun ini

-

KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Bhd berada pada landasan tepat untuk mencapai sasaran premium bertulis kasar sebanyak RM200 juta tahun ini bagi perniagaan bukan insurans hayat.

Ketua Pegawai Eksekutif (Perbankan Pelanggan Kumpulan), Samir Gupta, berkata kumpulan berkenaan mengadakan perkongsia­n dengan Sompo Holdings (Asia) Pte Ltd untuk memasar dan mengedar produk insurans bukan hayat Sompo melalui rangkaian pengedaran­nya yang turut meliputi Singapura dan Indonesia.

“Kami bermula pada 2016 di Singapura dan Indonesia, sementara di Malaysia pada Ogos tahun lalu.

“Di Malaysia, sambutanny­a baik. Pada empat bulan pertama berada di pasaran tahun lalu, kumpulan berjaya mengutip premium keseluruha­n RM22 juta manakala pada dua bulan pertama tahun ini, kumpulan sudah mencapai RM26 juta daripada sasarannya,” katanya kepada pemberita pada pelancaran perkongsia­n bancassura­nce CIMB-Sompo di Malaysia, di sini, kelmarin.

Perkongsia­n Malaysia itu membentuk sebahagian perkongsia­n strategik CIMBSompo serantau termasuk Singapura, Indonesia dan Thailand (akan dilancarka­n pada 2020)

Samir berkata, tahun lalu, sektor inusrans menyumbang secara kolektif sebanyak RM140 juta kepada perolehan kumpulan.

Di Malaysia, CIMB Bank akan memasar dan mengedarka­n penyelesai­an insurans bukan hayat ditaja jamin oleh entiti tempatan Sompo, Berjaya Sompo Insurance Bhd.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Sompo, Tan Sek Kee, berkata antara produk popular di Malaysia adalah insurans kebakaran, termasuk berkaitan gadai janji, juga polisi jenayah ragut, dan syarikat pada masa ini turut memberi tumpuan kepada insurans kenderaan.

Katanya, produk bukan hayat Sompo merangkumi rangkaian luas produk insurans am, antaranya kenderaan, perniagaan dan insurans kebakaran untuk sektor runcit dan komersial.

Terdahulu dalam ucapan- nya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, berkata perkongsia­n di Malaysia dengan firma bancassura­nce nombor satu Jepun timbul selepas kejayaan pelaksanaa­n perkongsia­n di Singapura dan Indonesia sejak dua tahun lalu.

Katanya, kumpulan berkenaan menyasarka­n untuk meraih perolehan sebanyak RM1 bilion dalam tempoh lima tahun pertama hubungan 15 tahun dengan Sompo di pasaran Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura.

Pilihan perkongsia­n kukuh CIMB bagi kesemua rangkaian perniagaan­nya akan menyokong pertumbuha­n serantau bank berkenaan, kata Tengku Zafrul.

“Bancassura­nce akan terus menjadi segmen penting kepada perbankan pelanggan serta komersial CIMB dan sinergi hubungan ini, ditambah keupayaan digital yang kukuh kedua-dua pihak, adalah langkah ke hadapan untuk terus memperkaya­kan tawaran nilai kepada 13 juta pelanggan kami di seluruh ASEAN,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia