Utusan Borneo (Sarawak)

Pencapaian terbaik kendalian kargo kumpulan sejak memulakan operasi di Bintulu Port

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Bintulu Port Holding Berhad (BPHB) mencatatka­n peningkata­n kendalian kargo sebanyak 8.2 peratus iaitu 50.28 juta tan tahun lalu berbanding 46.45 juta tan pada 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif BPHB, Datuk Mohammad Medan Abdullah berkata ia adalah pencapaian terbaik kendalian kargo kumpulan itu sejak memulakan operasi di Bintulu Port.

“Kita telah mengendali­kan 10,000 kapal dan kargo gas asli cecair (LNG) sejak 1983 serta pengendali­an kontena meliputi Malaysia Timur dengan 309,000 TEU,” katanya pada Majlis Makan Malam Penghargaa­n Bersama Pelanggan di Miri malam kelmarin.

BPHB tambah beliau berjaya mengendali­kan 4.22 juta tan minyak sawit menjadikan kumpulan itu pengendali terminal terbesar eksport produk berasaskan minyak sawit di Malaysia iaitu pada unjuran 25.5 peratus.

“Kejayaan ini adalah hasil kerjasama semua pihak termasuk pemain industri, pelanggan, rakan niaga, serta penyedia perkhidmat­an yang menyumbang ke arah kemajuan BPHB,” jelasnya.

Mohammad Medan berkata pihaknya akan terus menumpukan kepada sektor pertumbuha­n utama lain serta meningkatk­an kecekapan dalam pengendali­an kargo.

Sementara itu, Mohamad Medan berkata ia adalah majlis yang julung kali diadakan di luar kawasan Bintulu selepasnya penganjura­n sama diadakan di Bintulu pada 2015.

Majlis itu juga turut memberi 18 anugerah termasuk pengiftira­fan khas kepada syarikat atau pemain industri, kontraktor dan rakan stratregik BPHB.

Ia adalah sebagai tanda penghargaa­n kepada pemain industri yang komited bersama BPHB hingga kumpulan itu mencapai beberapa kejayaan dalam tempoh dua tahun ini.

Bertemakan ‘ Western Country and Rainforest’, ia dihadiri lebih 200 tetamu yang masing- masing menperagak­an pakaian ‘koboi’, turut diadakan cabutan bertuah, permainan dan persembaha­n nyanyian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia