Utusan Borneo (Sarawak)

Agrobank lantik Syed Alwi sebagai Presiden dan CEO

-

KUALA LUMPUR: Agrobank, sebuah bank milik kerajaan dengan mandat membangunk­an sektor pertanian milik kerajaan negeri, semalam mengumumka­n pelantikan Syed Alwi Mohamed Sultan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank.

Pelantikan yang berkuat kuasa pada 2 April 2018 ini telah menerima kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementeria­n Kewangan (MOF).

Syed Alwi mempunyai pengalaman luas dalam bidang perbankan dan kewangan Islam dengan pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam industri ini di dalam dan luar negara.

Sebelum ini, beliau telah memegang jawatan pengurusan kanan di beberapa bank seperti Bank Muamalat Malaysia Berhad, BNP Paribas, Standard Chartered Saadiq Berhad, The Islamic Bank of Asia Limited dan HL Bank Singapura.

“Dalam tahun 2015, Agrobank telah menjadi institusi perbankan Islam sepenuhnya yang menyediaka­n perkhidmat­an dan produk perbankan Islam bagi memenuhi industri makanan halal dan aktiviti perniagaan berasaskan agro atau pertanian.

“Syed Alwi merupakan seorang pemimpin yang berpengala­man luas dalam industri perbankan Islam. Pihak Lembaga Pengarah Agrobank yakin beliau merupakan pemimpin yang sesuai untuk memimpin Agrobank untuk fasa seterusnya terutamany­a dalam meneraju transforma­si bank ke peringkat yang lebih baik lagi,” kata Pengerusi Agrobank Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Bercakap mengenai pelan- tikannya, Syed Alwi berkata, “Saya dengan rasa rendah diri, dan berbesar hati diberikan kepercayaa­n dan amanah untuk memimpin Agrobank dalam fasa penting perkembang­an bank. Agrobank telah menunjukka­n prestasi yang kukuh sejak beberapa tahun kebelakang­an ini di bawah transforma­si fasa pertama serta dilihat mempunyai strategi kukuh dalam memacu kejayaan bank.

“Kejayaan Agrobank kini adalah hasil inisiatif kempimpina­n bank sebelum ini dan usaha warga kerja Agrobank kini. Fokus saya kini adalah untuk meneruskan momentum kejayaan yang ada dan pada masa yang sama memastikan kami terus memberi tumpuan dengan mewujudkan impak positif kepada pihak berkepenti­ngan bank termasukla­h para pemegang saham, kakitangan, masyarakat dan persekitar­an kami.”

Syed Alwi mempunyai Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Ijazah Sarjana kelas pertama dalam Pentadbira­n Perniagaan dalam Kewangan Islam daripada Universiti Islam Antarabang­sa, Malaysia.

 ??  ?? SYED ALWI
SYED ALWI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia