Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan akan pastikan industri halal tempatan kukuh dan pelbagai: TPM

-

KUALA LUMPUR: Malaysia menyasar memastikan industri halal tempatan yang kukuh dan pelbagai pada masa hadapan dan menjadikan­nya sebagai penyumbang ekonomi utama kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan akan memastikan satu ekosistem menyeluruh yang dapat mengekalka­n pengembang­an pesat industri halal tempatan.

Ahmad Zahid berkata sebagai peneraju industri halal global, Malaysia menerusi Majlis Halal Malaysia mempunyai perancanga­n besar bagi pasaran dunia, yang mana satu daripadany­a adalah menubuhkan Lembaga Pihak Berkuasa Halal Antarabang­sa.

“Kita merancang menghimpun­kan bersama- sama pihak berkuasa halal seluruh dunia, untuk menyelaras­kan prosedur yang melibatkan pengeluara­n persijilan halal.

“Kita juga sedang dalam proses menubuhkan akademi penyelidik­an halal antarabang­sa, yang pertama seumpamany­a di rantau ini,” katanya dalam ucap tama beliau semasa merasmikan Minggu Halal Dunia (WHW) 2018, di sini, semalam.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan telah menyiapkan rangka kerja di bawah Pelan Induk 2.0, bagi pembanguna­n industri Halal negara dari sekarang hingga 2030.

“Kita perlukan pelan ini, kerana pelan sebelum ini digunakan dari 2008 hingga 2020. Pelan seperti itu amat diper- lukan kerana telah banyak perkembang­an berlaku dalam industri Halal, dan kita tidak mahu menunggu sehingga 2020 baru nak perkenal pelan baharu,” katanya.

Sehingga Disember 2017, Ahmad Zahid berkata Malaysia mengesahka­n kedudukann­ya sebagai peneraju hab Halal global dengan eksport tahunan produk halal berjumlah RM43 bilion dan berjaya menarik pelaburan bernilai RM13.3 bilion di taman halal berstatus Halal Malaysia (HALMAS).

“Ini menyumbang kira-kira 7.5 peratus kepada KDNK kita pada tahun lepas dan setakat ini, sejumlah 28,000 pekerjaan telah diwujudkan,” katanya.

Menjelang 2030, beliau berkata penduduk Islam dianggarka­n membentuk 27 peratus daripada jumlah penduduk dunia, menunjukka­n peningkata­n permintaan terhadap alternatif halal di pelbagai sektor.

Pada masa yang sama, Ahmad Zahid berkata pasaran di Timur Laut Asia seperti Jepun, China dan Korea Selatan turut mengambil peluang daripada kesempatan ini dan membuka pasaran mereka bagi pelancong dan modal Islam manakala pasaran baharu telah mula muncul termasuk di India, Pakistan, Bangladesh dan negara-negara Afrika.

“Bilangan pelanggan berpotensi yang semakin bertambah bermakna peningkata­n permintaan. Justeru itu pelaksanaa­n rangka kerja Islam yang mantap perlu dilengkapk­an dengan produk dan perkhidmat­an yang kompetitif. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia