Utusan Borneo (Sarawak)

Jelajah kembara Dumex Dugro tingkatkan imaginasi anak anda

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

DUMEX DUGRO ingin menjemput ibu bapa di luar sana untuk menyertai siri jelajah Dumex Dugro untuk bermain, mencipta dan berkongsi lebih lagi cerita bersama si manja mereka, melalui siri jelajah Dumex Dugro dan hadiah- hadiah yang boleh ditebus seperti buku cerita rekaan khas dan playmat dengan pembelian. Buku cerita rekaan khas ini boleh didapati dalam dua tema iaitu angkasa dan lautan.

Lebih menarik, Dumex Dugro akan membawakan cerita angkasa ke realiti menerusi jerayawara mereka. Menerusi program tersebut, ibu bapa dan si manja dapat menyertai Dumex Dugro dalam Pengembara­an ke Angkasa yang menakjubka­n.Dumex Dugro berasa teruja sekali dengan penciptaan sebuah dunia yang penuh dengan keajaiban di mana kanak-kanak dapat berimagina­si.

Dumex Dugro percaya bahawa proses pembelajar­an kanak-kanak menjadi lebih berkesan apabila mereka bermain. Melalui sesi- sesi permainan, si manja dapat meningkatk­an kemahiran kognitif, sosioemosi dan fizikal yang penting.

Tema kali ini akan memberi peluang kepada ibu bapa dan si cilik menyertai misi bersama watak Yaya untuk kembali ke planet Marikh dan peluang untuk bergambar dengan ‘prop-prop’ yang disediakan dengan keluarga mereka.

Untuk menyerlahk­an lagi pengalaman ini, keluarga berpeluang membawa pulang sebuah buku cerita yang boleh diperibadi­kan, yang boleh ditebus dan direka dengan pembelian 4 pek di jelajah Dumex Dugro®.

Dengan buku cerita ini, para ibu boleh bermain, mencipta dan berkongsi LEBIH LAGI cerita dengan si manja mereka pada bila-bila masa, di mana jua.

Tambahan lagi, ibu bapa juga boleh menyelitka­n mesejmesej kasih sayang kepada si manja di dalam buku tersebut. Dumex Dugro juga berharap untuk menerapkan nilai penyayang dalam setiap cerita. Setiap penghujung cerita menunjukka­n betapa banyak karakter dalam cerita ingin pulang ke pangkuan ibu bapa. Ia merupakan harapan semua ibu di mana anak-anak mereka akan sentiasa ingat daripada mana asal usul mereka.

Perunding Motivasi Keluarga, Zaid Mohamad, berkata, pengalaman pembe- lajaran anak- anak melalui aktiviti berpendidi­kan yang menyeronok­kan seperti membaca buku Dumex Dugro ini dapat menyemai minat membaca di kalangan anak-anak kerana bukunya yang bersaiz kompak dengan cetakan gambar-gambar menarik ini mudah dibawa ke mana-mana sama ada untuk kegunaan di rumah atau dibawa ketika bercuti atau melakukan aktiviti riadah di luar.

“Apa yang lebih baik dari membaca buku cerita? Ianya ialah mencipta cerita sendiri dan anak-anak anda menjadi karakter utama. Konsep buku cerita yang diperkenal­kan oleh syarikat Dumex Dugro sangatlah menarik di mana buku cerita itu akan dicetak dengan nama anak anda, bayangkan betapa terujanya anak anda melihat dirinya menjadi watak utama dalam cerita tersebut.

“Minat membaca anak-anak perlu dipupuk seawal peringkat prasekolah lagi. Bacakan buku cerita kepada mereka terutamany­a di waktu sebelum tidur. Ha, yang ini elok dilakukan oleh kaum bapa juga, bukan ibu sahaja.”

“Ia bukan sahaja dapat memupuk minat membaca, malahan mengeratka­n hubungan dengan anak!”katanya.

Terdapat lebih daripada 20 jerayawara di Sabah dan Sarawak di mana anda boleh sertai kemeriahan­nya dan menjadikan­nya sebagai sebahagian daripada pengalaman yang hebat.

Untuk maklumat lanjut berkenaan tarikh dan lokasi jelajah Dumex Dugro, anda bolehlah layari laman web www.dugro.com.my untuk ketahui lokasi-lokasi roadshow.

 ??  ?? TERUJA: Konsep buku cerita yang diperkenal­kan oleh syarikat Dumex Dugro sangatlah menarik, di mana buku cerita itu akan dicetak dengan nama anak anda, bayangkan betapa terujanya anak anda melihat dirinya menjadi watak utama dalam cerita tersebut.
TERUJA: Konsep buku cerita yang diperkenal­kan oleh syarikat Dumex Dugro sangatlah menarik, di mana buku cerita itu akan dicetak dengan nama anak anda, bayangkan betapa terujanya anak anda melihat dirinya menjadi watak utama dalam cerita tersebut.
 ??  ?? ASAH IMAGINASI: Melalui siri jelajah Dumex Dugro, kanak-kanak dapat mengasah imaginasi dan kreativiti serta belajar dalam suasana gembira secara percuma selain mampu mendapatka­n buku cerita rekaan khas Dumex Dugro
ASAH IMAGINASI: Melalui siri jelajah Dumex Dugro, kanak-kanak dapat mengasah imaginasi dan kreativiti serta belajar dalam suasana gembira secara percuma selain mampu mendapatka­n buku cerita rekaan khas Dumex Dugro
 ??  ??
 ??  ?? AKRAB: Aktiviti bermanfaat seperti siri jelajah Dumex Dugro, dapat merapatkan hubungan ibu bapa dan anak-anak mereka.
AKRAB: Aktiviti bermanfaat seperti siri jelajah Dumex Dugro, dapat merapatkan hubungan ibu bapa dan anak-anak mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia