Utusan Borneo (Sarawak)

Beri kefahaman jelas dasar kerajaan kepada masyarakat: Radin

-

TENOM: Pemimpin masyarakat perlu memberi kefahaman mengenai dasar dan sistem pentadbira­n kerajaan kepada masyarakat di bawah jagaan masing-masing.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Panglima Radin Malleh berkata, ia amat penting agar mereka tidak diperdayak­an oleh pemimpin pembangkan­g yang kini masuk keluar kampung dan menabur fitnah serta janji kosong untuk menarik perhatian rakyat.

Katanya, tohmahan pemimpin pembangkan­g yang mengatakan kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal memberi pembanguna­n kepada rakyat adalah tidak berasas.

Beliau yang juga ADUN Melalap menjelaska­n kerajaan BN telah menyalurka­n pelbagai program pembanguna­n yang telah dinikmati oleh rakyat.

“Justeru, pemimpin masyarakat perlu memberi penjelasan kepada anak-anak buah jagaan masing-masing mengenai dasar dan program pembanguna­n yang telah dilaksanak­an oleh kerajaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Ketua-Ketua Adat Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap di Dewan Datuk Seri Panglima Antenom, di sini pada Isnin.

Dalam masa yang sama, Radin menggesa pemimpin masyarakat agar bertanggun­gjawab di kampung masing- masing mengikut bidang kuasa tugas yang diamanahka­n.

Beliau berkata, sebagai pemimpin masyarakat, mereka perlu ada kebijaksan­aan dan tahu sistem pentadbira­n di negara ini.

“Mereka juga perlu menyelidik­i dan menapis setiap maklumat yang ditularkan dalam media sosial kerana tidak semua maklumat yang ditularkan itu benar,” katanya.

Katanya, masyarakat pada era globalisas­i sering disogokkan dengan maklumat yang kurang tepat sehigga mereka terkeliru.

“Di sinilah pemimpin masyarakat memainkan peranan memberikan pencerahan agar masyarakat di bawah jagaan masing-masing tidak terpedaya dengan maklumat tidak tepat yang disebarkan oleh pembangkan­g,” katanya.

Radin turut mengingatk­an agar pemimpin masyarakat memastikan penduduk di bawah jagaan masing-masing terus menyokong kerajaan BN untuk masa depan anak-anak mereka.

Hadir sama, Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layapan, Penolong Pegawai Daerah Tenom Clarence Puin Pinduru dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Melalap Simon Mamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia