Utusan Borneo (Sarawak)

Tagal Kg Mohimboyon diperbahar­ui setelah beberapa cubaan gagal

-

RANAU: Penduduk Kampung Mohimboyon, kirakira 20 kilometer dari pekan, sekali lagi memperbaha­rui semangat dan komitmen mereka memelihara hidupan sungai melalui sistem tagal setelah beberapa cubaan terdahulu menemui kegagalan.

Pengerusi Tagal kampung itu Ajis Ruji berkata, cubaan kali ini dibuat lebih sistematik dengan mendaftark­an Penagalan Sungai Tahukad dengan Jabatan Perikanan Ranau di samping mengadakan majlis perasmian yang disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin.

Katanya Sungai Tahukad yang merentasi kampung itu sejauh kira-kira 3 kilometer pernah ditagal oleh penduduk kampung sebelum itu namun tidak mendatangk­an apa-apa hasil kerana tidak diurus dengan sistematik.

Selain penagalan itu tidak didaftarka­n dengan Jabatan Perikanan, kedudukan sungai yang agak jauh dari perkampung­an menyebabka­n sukar untuk dipantau daripada dicerobohi.

“Pernah suatu ketika, ikanikan di sungai berkenaan sudah menampakka­n hasil namun semuanya musnah apabila ikan mati akibat berlaku banjir lumpur yang disebabkan pembuangan tanah oleh kontraktor yang membina tapak Tamu Kundasang.

“Kami berharap dengan adanya perasmian tagal pada kali ini serta pendedahan maklumat penting melalui ceramah yang diberikan pihak jabatan perikanan, sistem tagal ini akan berjaya malah mampu bersaing dengan sistem tagal lain.

“Kejayaan tagal ini nanti diharap akan menjadi rujukan generasi baharu untuk mengenali nama dan jenis hidupan sungai, mendidik tentang kebersihan persekitar­an di samping menarik perhatian para pelancong melawat kampung ini,” katanya.

Dalam ucapan ringkas perasmian, Ewon berkata sistem tagal yang dilaksanak­an di kampung itu mempunyai potensi sangat baik untuk menarik kedatangan pelancong kerana ia terletak dekat dengan Taman-Taman Sabah dan Gunung Kinabalu yang merupakan ibu pelanconga­n di Sabah.

“Apa yang paling penting adalah kerjasama oleh semua penduduk kampung bagi menjayakan sistem itu. Semua peraturan dan hukuman yang telah digariskan dalam sistem tagal itu haruslah dilaksanak­an dengan adil dan saksama,” katanya.

Katanya, sistem itu bukan sahaja dapat melindungi semua hidupan sungai daripada ditangkap secara sewenang-wenangnya malah mampu menjana pendapatan sampingan kepada semua penduduk melalui kehadiran para pelancong di situ.

Beliau mengambil contoh sistem tagal di Kampung Luanti yang kini boleh memperoleh­i pendapatan sehingga mencecah RM20 ribu sebulan serta memberi peluang perniagaan secara kecil-kecilan kepada penduduk sekitar melalui gerai-gerai jualan.

Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Pegawai Khas Parlimen Japirin Sahadi dan Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Amusin Karim.

 ??  ?? MAMPU BERSAING: Ewon (dua kiri) bersama Ajis dan Amusin melepaskan anak ikan ke Sungai Tahukad.
MAMPU BERSAING: Ewon (dua kiri) bersama Ajis dan Amusin melepaskan anak ikan ke Sungai Tahukad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia