Utusan Borneo (Sarawak)

Artis tempatan maut kemalangan di Jalan Tamparuli-Ranau

-

TUARAN: Seorang penggiat seni tempatan ditemukan maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 17.8 Kampung Kelawat Jalan Tamparuli- Ranau, di sini petang Selasa.

Mangsa, Zahrul Hilmi Badrul Hisam, 25, yang lebih dikenali sebagai Emy berasal dari Kampung Muhibbah Berungis Batu 18, di sini, disahkan maut serta-merta di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superinten­den Dzulbahari­n Ismail berkata kejadian jam 1 petang itu membabitka­n pertembung­an sebuah motosikal berkuasa tinggi dan sebuah lori tiga tan.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati lori tiga tan terbabit dipandu seorang lelaki berumur 55 tahun dari arah Ranau ke Kota Kinabalu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai gagal dikawal semasa melalui selekoh menaiki bukit sebelum masuk ke lorong bertentang­an lalu bertembung dengan lori tiga tan terbabit,” katanya.

Dzulbahari­n berkata, impak kemalangan menyebabka­n mangsa meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

“Mangsa dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutny­a dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Mangsa pernah memasuki program realiti Akedemi Fantasia pada 2016 selepas memenangi program JoHaRockSt­ar yang dibimbing kumpulan terkenal Estranged melalui Erafm.

Anak bongsu daripada empat adik-beradik ini juga adalah pemain dram kumpulan Papriqa, selain vokalis kumpulan Busska Busker.

Beliau giat menyanyika­n semula (cover) lagu daripada artis terkenal lain termasuk Ungu, Trevor Wesley dan Akim and The Majistret dengan memuat naik rakamannya di laman YouTube.

 ??  ?? MALANG: Keadaan motosikal mangsa selepas bertembung dengan lori tiga tan.
MALANG: Keadaan motosikal mangsa selepas bertembung dengan lori tiga tan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia