Utusan Borneo (Sarawak)

WANITA LEMBAM HAMIL, POLIS JEJAKI PEROGOL

-

SIBU: Polis di sini menjejaki seorang individu yang disyaki merogol seorang wanita berusia 23 tahun yang mengalami masalah mental (lembam) hingga mangsa hamil.

Timbalan Ketua Polis Sibu Superinten­den Martin Koo berkata, mangsa kini mengandung lima minggu.

Katanya, kejadian itu terbongkar selepas adik mangsa, 19, bertanya mengenai kitaran haidnya yang sudah melebihi tempoh sebulan, namun soalan itu tidak dijawabnya.

“Pengadu kemudian membawa kakaknya ke hospital dan pemeriksaa­n doktor mengesahka­n mangsa mengandung lima minggu,” katanya.

Menurutnya, siasatan polis mendedahka­n mangsa mengalami masalah mental tidak stabil sejak berumur 17 tahun.

Katanya, mangsa dikatakan sering keluar berjalan bersendiri­an di kawasan berdekatan rumahnya.

Martin berkata, mangsa juga dikatakan telah berjumpa dengan seorang lelaki yang tidak dikenali di sebuah kedai kopi berhampira­n rumahnya pada Februari lalu.

Katanya, mangsa dikatakan tidak sedarkan diri selepas ditawarkan minuman oleh lelaki itu.

“Apabila dia tersedar, mangsa mendapati dirinya dalam keadaan bogel di dalam sebuah bangunan.

“Lelaki itu kemudian menghantar­nya pulang ke kedai kopi di mana mereka berjumpa sebelum itu,” katanya.

Beliau menambah, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana disyaki merogol dan suspek masih dikesan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia