Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI DITAHAN GAGAL PAMER DOKUMEN KOREK PASIR, RAMPASAN RM1 JUTA

-

SIBU: Seorang lelaki berusia 50 tahun ditahan selepas gagal menunjukka­n dokumen sah berkaitan tongkang miliknya yang menjalanka­n aktiviti mengorek pasir di kawasan Sungai Rajang, Salim-Stabau dekat sini, pagi kelmarin.

Pegawai Pemerintah Batalion 10 Pasukan Gerakan Am (PGA) Superinten­den Sanudin Md Isa berkata, lelaki terbabit, 50, yang merupakan warga tempatan, ditahan bersama barang rampasan dianggarka­n bernilai RM1 juta.

“Dalam kejadian itu, pasukan kami merampas sebuah tongkang, kapal tunda dan dua kren termasuk muatan pasir 1,500 tan, kesemuanya bernilai kira-kira RM1 juta,” katanya pada sidang akhbar, semalam.

Bertindak atas maklumat katanya, sepasukan 11 pegawai dan anggota PGA diketuai Inspektor Mohd Hafizhazma­n Hassan, bersama wakil-wakil dari Jabatan Tanah dan Survei Sarawak Cawangan Sibu, Suruhanjay­a Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Magna Fokus Sdn Bhd yang menaiki dua bot membuat pemeriksaa­n ke atas sebuah kapal korek pasir di lokasi kejadian itu kerana disyaki beroperasi tanpa permit.

“Semasa menghampir­i, kapal itu kelihatan menjalanka­n aktiviti mengorek pasir secara tidak sah,” katanya.

Ketua serbuan kemudian meminta para pekerja untuk menghentik­an kegiatan tersebut.

“Mereka juga gagal mengemukak­an sebarang dokumen berkaitan aktiviti itu,” kata Sanudin.

Seterusnya, mereka diarah untuk melabuhkan kapal di tebing sungai di mana pemilik tongkang muncul.

Katanya, lelaki itu terus ditahan selepas gagal menunjukka­n sebarang dokumen berkaitan.

Kes tersebut telah dilaporkan di Balai Polis Lanang dan suspek diserahkan kepada pihak Jabatan Tanah dan Survei Sarawak Cawangan Sibu untuk siasatan lanjut.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman denda antara RM100,000 dan RM500,000.

 ??  ?? DIRAMPAS: Tongkang yang digunakan untuk melakukan aktiviti mengorek pasir tanpa dokumen sah.
DIRAMPAS: Tongkang yang digunakan untuk melakukan aktiviti mengorek pasir tanpa dokumen sah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia