Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak dekat di hati saya: Najib

-

MIRI: “Saya adalah sahabat baik kepada Sarawak berbanding orang yang pernah mentadbir negara selama 22 tahun dahulu,” jelas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata demikian pada Majlis Makan Malam Bersama Rakyat sempena lawatan dua hari beliau ke Sarawak di sini, malam kelmarin.

Meskipun sibuk dengan tugas rasminya, Najib menyifatka­n penduduk Sarawak tetap dekat di hatinya.

“Lawatan saya ke pelbagai kawasan pedalaman dan bandar di Sarawak termasuk rumah-rumah panjang, inilah membuktika­n komitmen saya terhadap pembanguna­n negeri ini.

“Kita tidak sepatutnya mengabaika­n masyarakat luar bandar kerana mereka inilah penyokong kuat dan sudah pasti kita juga mahu memperkuat sokongan masyarakat di bandar,” katanya di hadapan lebih 7,000 penyokong Barisan Nasional (BN) yang hadir pada majlis di Eastwood Valley Golf & Country Club.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg, timbalan-timbalanny­a Datuk Amar Douglas Uggah Ambas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Tan Sri Dr. James Jemut Masing, serta dif-dif kehormat yang lain.

Menurut Najib, jalinan erat antara kerajaan pusat dan negeri juga memainkan peranan penting dalam usaha berterusan membangunk­an sebuah negeri besar seperti Sarawak.

Katanya, beliau tidak pernah berdepan dengan masalah atau isu pentadbira­n seperti yang pernah diperkatak­an seorang bekas perdana menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun.

“I’m working very well (Saya bekerja dengan sangat baik). Ada masalah, kita bincang dan selesaikan bersama.

“Malah pencapaian pembanguna­n kita juga adalah bersifat inklusif hingga ke akar umbi,” katanya.

Terdahulu, Abang Johari dalam ucapannya menyifatka­n Najib pemimpin yang telah banyak menyumbang jasa kepada kemajuan di Sarawak.

“Daripada enam Perdana Menteri yang telah mentadbir, inilah (Najib) Perdana Menteri yang sangat suka dengan rakyat Sarawak dan sentiasa di hatinya.

“Oleh itu, kita mesti bekerjasam­a dan bekerja dengan lebih kuat untuk memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Sarawak,” tambahnya.

 ??  ?? MENGHIBURK­AN: Najib (tiga kiri) menyanyi bersama Abang Johari (tiga kanan) dan Awang Tengah (dua kiri) serta tetamu kehormat lain.
MENGHIBURK­AN: Najib (tiga kiri) menyanyi bersama Abang Johari (tiga kanan) dan Awang Tengah (dua kiri) serta tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia