Utusan Borneo (Sarawak)

ATM sentiasa sedia bekal darah tampung bekalan darah di HUS

-

KUCHING: AngkatanTe­ntera Malaysia ( ATM) khasnya Tentera Darat sentiasa bersedia untuk membekalka­n darah bagi menampung keperluan bekalan darah di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Wira Mohd Zaki Mokhtar berkata, ia selain daripada program terancang atau berjadual bersama HUS dalam kempen derma darah.

“Bagi program derma darah ini ia adalah program dari semasa ke semasa yang terancang bersama HUS.

“Namun jika ada keperluan mendesak, lazimnya pihak HUS memohon kepada kami, kami akan berusaha membantu menderma walaupun di luar jadual atau program derma darah yang dirancang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan Program Pemeriksaa­n Kesihatan dan Derma Darah sempena Hari Tentera Darat Ke-85 dan Hari Pemerintah­an Medan Timur Tentera Darat Ke-4 di Dewan Bukavu Kem Penrissen di sini, semalam.

Justeru, Zaki berharap sumbangan berkenaan dapat membantu menampung keperluan darah pesakit yang memerlukan.

Mengulas mengenai program kesihatan yang diadakan semalam katanya, ia merupakan program berjadual diadakan ATM bersama HUS.

“Saya bersyukur melihat kedatangan pegawai dan anggota yang sedia tampil ke hadapan untuk menyumbang pada hari ini (semalam) yang amat ramai iaitu melebihi jangkaan kita.

“Kalau ikut, sasaran kita ialah 150 pain darah tetapi rasanya ia tidak ada masalah atau lebih banyak kerana ramai yang tampil secara sukarela,” katanya sambil memberitah­u dimaklumka­n HUS memerlukan darah 70 pain sehari.

Tambahnya lagi, program yang diadakan itu merupakan sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat warga ATMkhususn­yaTenteraD­arat di Sarawak untuk masyarakat negeri ini.

Sementara itu, Ketua Perkhidmat­an Transfusi dan Bank Darah Negeri Sarawak Dr Muhammad Masrin Md Jaharin berkata, Sarawak mempunyai sebanyak 19 Bank Darah untuk keperluan bekalan di negeri ini.

Sehingga kini ujarnya, stok masih mencukupi namun pihaknya sentiasa bersiap sedia menghadapi kekurangan bekalan terutama pada musim perayaan.

“Tidak lama lagi akan tiba Ramadan dan Hari Raya dan kita sentiasa bersiap sedia dan kami sentiasa mengadakan kempen derma darah supaya lebih ramai boleh tampil menderma.

“Antara jenis darah yang selalu kurang di negeri kita adalah darah jenis A dan B,” katanya.

Menurut beliau di Malaysia kebanyakan rakyatnya adalah darah jenis O iaitu 40 peratus, sementara jenis A dan B lebih masing-masing kurang 20 peratus dan selebihnya darah jenis AB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia