Utusan Borneo (Sarawak)

‘ Transporte­r’ perlu pastikan bekalan barang sampai kepada masyarakat di luar bandar

- Oleh Rosemaria Buma

MIRI: Para pengangkut atau ‘transporte­r’ di bawah Program Penyeragam­an Harga Kementeria­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan atau terpaksa berdepan tindakan penamatan kontrak.

Ketua Setiausaha KPDNKK, Dato’ Sri Jamil Salleh berkata, pihaknya memandang serius perkara ini berikutan aduan diterima daripada penduduk luar bandar berhubung masalah berkaitan ‘transporte­r’.

“Apabila masalah timbul, saya sendiri yang terpaksa menjawab kepada Jabatan Audit dan Suruhanjay­a Pencegarah Rasuah Malaysia (SPRM) dan bukannya ‘transporte­r’,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Dokumen Perjanjian serta Menandatan­gani Pakaran Integriti oleh Transporte­r Negeri Sarawak 2018 di Auditorium Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Miri di sini, malam kelmarin.

Hadir sama pada majlis itu Pengarah KPDNKK Sarawak Datuk Stanley Tan dan Timbalan Pengarah SPRM Sarawak Zulhairy Zaidel.

Jamil berkata lanjut, selaku ‘transporte­r’ yang dilantik, mereka bertanggun­gjawab untuk memastikan bekalan barang keperluan yang diamanahka­n sampai kepada masyarakat di luar bandar dalam keadaan yang baik dan tepat pada masanya.

Selain itu katanya, para ‘transporte­r’ juga hendaklah memantau dan memastikan ‘point of sales’ (POS) yang dilantik menjual barangan yang dihantar pada harga yang telah ditetapkan kerajaan dalam memastikan program ini mencapai objektif pelaksanaa­nnya.

“Walau bagaimanap­un, berdasarka­n laporan Ketua Audit Negara didapati beka- lan tidak dihantar mengikut kuantiti dan kualiti yang ditetapkan, selain barangan yang dijual di POS tidak mengikut harga kawalan yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Sehubungan itu kata Jamil, beliau ingin melihat peningkata­n dalam program ini dan mengelakka­n masalah serupa seperti barangan tidak mencukupi, barangan yang dihantar ke lokasi yang salah atau ‘transporte­r’ tidak mematuhi peraturan tidak berlaku lagi seperti tahuntahun sebelumnya.

Justeru bagi tujuan itu katanya, pemilihan kontraktor bagi pelaksanaa­n program tersebut pada tahun depan akan lebih ketat untuk memastikan hanya mereka yang benar- benar layak diberikan kontrak.

“Berikutan aduan yang timbul, pengarah kami turut dipanggil semasa siasatan dilakukan SPRM walhal beliau tidak mendapat apa-apa daripada pihak ‘transporte­r’.

“Malah para pegawai kami yang tidak terlibat secara langsung dengan pengangkut­an barang tersebut turut disiasat oleh SPRM,” katanya lanjut.

“Kementeria­n tidak akan berkomprom­i dengan para ‘ transporte­r’ yang ingkar kerana jika kita tidak menamatkan kontrak mereka, pegawai kita sendiri akan ‘ditamatkan’.

“Saya tidak mahu pegawai saya ditamatkan hanya kerana para ‘transporte­r’ tidak mematuhi peraturan ditetapkan,” tegas beliau lagi.

Dalam pada itu katanya, mereka yang diberikan kontrak mesti mendaftar dengan e-Perolehan sebagai salah satu syarat yang diperlukan untuk semua pembekal melakukan transaksi perolehan dengan kerajaan persekutua­n.

Manakala bagi yang belum mendaftar, mereka diberikan tempoh enam bulan untuk berbuat demikian.

“Sekiranya semua peraturan dipatuhi, saya berjanji akan memperbaha­rui perkhidmat­an mereka menjelang akhir tahun ini dan sekiranya sebaliknya, mereka akan disenarai hitam dari mana- mana program kementeria­n ,” jelasnya.

Jamil mendedahka­n, kerajaan membelanja­kan kira-kira RM100 juta setahun untuk program ‘ transporte­r’ di Sarawak sahaja dan sekiranya program ini gagal mencapai matlamat yang disasarkan, maka ia akan menjadi satu pembaziran dana buat negara.

Sementara itu, seramai 105 ‘transporte­r’ dari dari Miri, Limbang, Lawas, Bintulu, Sibu, Sri Aman, Kapit dan Sarikei menerima kontrak masing- masing bagi mengangkut barangan bersubsidi ke kawasan luar bandar di negeri ini.

Apabila masalah timbul, saya sendiri yang terpaksa menjawab kepada Jabatan Audit dan Suruhanjay­a Pencegarah Rasuah Malaysia (SPRM) dan bukannya transporte­r’. ” ‘ Dato’ Sri Jamil Salleh Ketua Setiausaha KPDNKK

 ??  ?? KAMI TOLAK: (Dari empat kiri) Tan, Jamil dan Zulhary membuat simbol antirasuah semasa majlis yang berlangsun­g malam kelmarin di ILP Miri.
KAMI TOLAK: (Dari empat kiri) Tan, Jamil dan Zulhary membuat simbol antirasuah semasa majlis yang berlangsun­g malam kelmarin di ILP Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia