Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah kehamilan remaja disasar berkuranga­n 10 peratus setahun

-

KUCHING: Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak menyasarka­n untuk mengurangk­an jumlah kehamilan remaja di negeri ini sebanyak 10 peratus setiap tahun.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, walaupun kes yang amat membimbang­kan dalam masyarakat itu menunjukka­n penurunan saban tahun, namun Sarawak masih berada di tangga kedua dari segi bilangan kehamilan remaja paling tinggi di seluruh negara, selepas Sabah.

“Kerajaan tidak akan bergantung kepada kejayaan penurunan sebaliknya akan meneruskan usaha untuk mengurang dan mencegah kehamilan remaja di negeri ini,” katanya pada majlis penutupan ‘The Parenting Teenagers Courses in English & Chinese’ di Sarawak Club, di sini kelmarin.

Menurut Fatimah, kes kehamilan remaja di Sarawak sebelum ini merekodkan jumlah yang amat tinggi iaitu 4,078 kes pada 2013.

Jelas beliau, antara faktor yang menyumbang kepada berlakunya kes tersebut adalah disebabkan oleh pergaulan serta hubungan antara budak lelaki dan perempuan yang tidak terkawal, selain mudah mengakses bahan lucah.

Bagaimanap­un katanya, ia menurun 14 peratus pada tahun lepas di mana 2,130 kes direkodkan berbanding 2016.

“Oleh itu, kesedaran dan kempen oleh kerajaan dan NGO akan terus diperkasa walaupun memberi kesan menggalakk­an dalam mengurangk­an kes kehamilan remaja sejak kebelakang­an ini,” katanya.

Selain itu kata Fatimah, satu lagi perkara yang membimbang­kan dan memerlukan perhatian segera adalah masalah dadah dalam kalangan remaja di mana berdasarka­n ujian urin yang dijalankan ke atas 1,516 pelajar di 85 sekolah pada tahun lepas, 112 daripadany­a didapati positif dadah.

“Masalah sosial yang semakin meningkat ini memerlukan perhatian segera dan campur tangan bukan sahaja daripada kerajaan, tetapi juga ibu bapa, anggota masyarakat dan NGO,” katanya.

Turut hadir pada program tersebut Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) Noriah Ahmad dan penyelaras wilayah Alpha Malaysia Sarawak The Marriage Parenting Courses Dr Wong Howe Tung.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Fatimah (duduk depan, tengah) bersama tetamu kehormat lain sempena majlis penutupan ‘The Parenting Teenagers Courses in English & Chinese’ di Sarawak Club, di Kuching kelmarin.
UNTUK ALBUM: Fatimah (duduk depan, tengah) bersama tetamu kehormat lain sempena majlis penutupan ‘The Parenting Teenagers Courses in English & Chinese’ di Sarawak Club, di Kuching kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia