Utusan Borneo (Sarawak)

Data boleh digunakan untuk menggubal dasar diinginkan pengundi

-

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi Analisis Data Raya ( BDA) boleh menjadi antara senjata penting untuk parti politik memahami sentimen atau pola pilihan pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), menurut seorang pensyarah politik Universiti Utara Malaysia (UUM).

Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata melalui teknologi tersebut, data mengenai tabiat atau kecederung­an individu tertentu akan dianalisis bagi memudahkan parti politik memahami sasaran pengundi mereka.

Katanya, melalui kefahaman data itu juga parti-parti politik boleh menggubal dasar atau membentang­kan inti pati khusus yang diinginkan pengundi dalam manifesto PRU14 masing- masing di samping boleh mempengaru­hi pandangan pratanggap pengundi terhadap parti politik tertentu.

Menurutnya, data tersebut kebiasaann­ya diperolehi melalui panggilan telefon, media sosial atau kaji selidik yang dilakukan secara turun padang.

“Syarikat jualan dalam talian turut menggunaka­n pendekatan BDA untuk mengesan tabiat dan minat pengguna di media sosial khususnya di Facebook atau Twitter bagi mengenal pasti sasaran pelanggan mereka,” katanya pada Forum Media dan Komunikasi menjelang PRU14 anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) di sini, semalam.

Mohd Azizuddin berka- ta penggunaan data dalam memahami pola pengundi bukan satu perkara baharu cuma pendekatan itu menjadi lebih popular dalam beberapa tahun ini malah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump turut dilaporkan menggunaka­n pendekatan ini pada pemilihan presiden.

“Persoalan kini adalah cara bagaimana kita mendapatka­n data tersebut, dan ada aspek perundanga­n juga di situ di mana kita tidak boleh mengambil data tanpa pengetahua­n pemilik,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Komunikasi Strategik, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faizal Kasmani berkata dalam menghadapi PRU14, ahli politik perlu membawa imej yang lebih santai dan tidak terlalu serius dalam mengemukak­an maklumat berkai-

Syarikat jualan dalam talian turut menggunaka­n pendekatan BDA untuk mengesan tabiat dan minat pengguna di media sosial khususnya di Facebook atau Twitter bagi mengenal pasti sasaran pelanggan mereka. Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani Pensyarah politik UUM

tan politik di media sosial.

Katanya, catatan berkaitan hobi dan perkara ‘ringan’ kegemaran ahli politik tersebut misalnya akan menarik minat pengikut mereka terutamany­a golongan muda.

“Kalau kita tengok semua catatan santai seperti jenaka atau gambar kucing misalnya akan mendapat 20 kali lebih retweet, ‘like’ dan komen. Cara ahli politik mempersemb­ahkan diri itu penting.

“Maklumat berkaitan politik juga perlu dibuat secara bersahaja, kalau boleh biar mereka sendiri yang menulis daripada pegawai- pegawai tertentu, kerana media sosial ini lebih bersifat peribadi, pengikut mahu sesuatu yang peribadi dan bukan formal,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Dr S. Subramania­m bersama Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menyempurn­akan majlis pecah tanah pada Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima dan Permulaan Projek National Centre For Food Safety (NCFS) di Taman Mawar Bandar Baru Salak...
— Gambar Bernama PERASMIAN: Dr S. Subramania­m bersama Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menyempurn­akan majlis pecah tanah pada Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima dan Permulaan Projek National Centre For Food Safety (NCFS) di Taman Mawar Bandar Baru Salak...
 ?? — Gambar Bernama ?? FORUM MEDIA: Peserta-peserta yang mengikuti Forum Media dan Komunikasi Menjelang PRU-14 anjuran bersama Malaysian Press Institute dan Persatuan Pendidik Komunikasi Malaysia semalam.
— Gambar Bernama FORUM MEDIA: Peserta-peserta yang mengikuti Forum Media dan Komunikasi Menjelang PRU-14 anjuran bersama Malaysian Press Institute dan Persatuan Pendidik Komunikasi Malaysia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia