Utusan Borneo (Sarawak)

Air Strike kekal kedudukan di takhta liga tiga sepasukan M.A.W. 159 & Below

-

KUCHING: Pasukan Air Strike mengekalka­n kedudukan mereka di tangga teratas liga tiga sepasukan M.A.W. 159 & Below walaupun mengalami kekalahan 8- 12 di tangan pasukan Last Menet Bowlers pada Isnin lalu.

Air Strike kini telah mengumpul sebanyak 227.93 mata Peterson selepas berakhir minggu ketujuh liga.

Pencabar terdekat Air Strike, pasukan Lone Rangers berjaya merapatkan jurang perbezaan mata Peterson apabila mereka menundukka­n pasukan Silent Killer dengan kiraan 15.5-4.5.

Manakala, Last Menet Bowlers kekal di tangga ketiga meskipun berjaya menundukka­n Air Strike.

Charrott Charrott 1 dan Charrott Charrott 2 juga mengekalka­n kedudukan masing- masing di tempat keempat dan kelima selepas kemenangan 11-9 dan 14-6 menentang Avenger Bowlers dan Putra J Bowlers.

Zulfadli Pauzi dari pasukan Charrott Charrott 2 unggul di tangga pertama kategori Individual High Game diikuti Mazlyana M Zainul dari Charrott Charrott 1.

Zulfadli juga mendahului kategori Individual High Series dengan jatuhan pin seban- yak 819, diikuti oleh Hipni Hip dari pasukan Last Menet Bowlers di tempat kedua.

Aksi konsisten Charrott Charrott 2 membolehka­n pasukan itu mendahului kate- gori Team High Game dan Team High Series manakala pasukan Charrott Charrott 1 dan Last Menet Bowlers di tempat kedua untuk kategorika­tegori tersebut.

 ??  ?? TERUS MENCABAR: Pemain Lone Rangers (dari kiri) Awang Junainie, Isnizam Chil dan Qusyairy Lofti yang mencatat kemenangan bergaya pada minggu ketujuh.
TERUS MENCABAR: Pemain Lone Rangers (dari kiri) Awang Junainie, Isnizam Chil dan Qusyairy Lofti yang mencatat kemenangan bergaya pada minggu ketujuh.
 ??  ?? BARISAN MANTAP: Khairul Ridzuan (berdiri kanan) bergambar bersama anak-anak buahnya selepas membenam Fire Fighter baru-baru ini.
BARISAN MANTAP: Khairul Ridzuan (berdiri kanan) bergambar bersama anak-anak buahnya selepas membenam Fire Fighter baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia