Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia tepati ramalan, mudah ketepi Ghana 5-0

-

GOLD COAST: Seperti dijangka, skuad badminton negara tidak berdepan masalah memulakan kempen acara berpasukan campuran Sukan Komanwel 2018 apabila mencatat kemenangan mudah 5-0 ke atas Ghana semalam.

Beraksi di Carrara Sports and Leisure Centre, beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong hanya mengambil masa 20 minit untuk menyumbang­kan mata pertama selepas menewaskan Abraham Ayattey-Michael Opoku Baah 21-8, 21-11.

Pemain perseorang­an wanita tunggal negara ke Sukan Komanwel, Soniia Cheah menggandak­an mata buat kem Malaysia apabila menundukka­n Stella Koteikai Amasah 21-3, 21-5.

Jaguh perseorang­an lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei memastikan kemenangan Malaysia setelah mudah mengalahka­n Daniel Sam 21-2, 21-7.

Permulaan baik itu diteruskan dengan rentak cemerlang beregu wanita, Vivian Hoo-Chan Mei Kuan yang membenam Grace AtipakaEyr­am Migbodzi 21-2, 21-3 sebelum beregu campuran, Goh Lui Ying-Chan Peng Soon melengkapk­an kemenangan Malaysia setelah menumpaska­n Gifty Mensah-Emmanuel Donkor 217, 21-6.

Skuad negara akan berdepan Seychelles pada perlawanan kedua, diikuti aksi menentang Kanada dalam Kumpulan D, masing-masing berlangsun­g hari ini.

Sementara itu, Chong Wei berkata kemenangan dalam aksi pembukaan itu penting bagi menaikkan semangat pemain negara menghadapi perlawanan seterusnya pada temasya sukan berkenaan.

“Saya tahu kita tidak akan berdepan tentangan sengit daripada pasukan lawan (Ghana). Tetapi aksi hari ini penting untuk kita menyesuaik­an diri dengan gelanggang dan untuk perlawanan seterusnya,” kata beliau.

Dalam pada itu, Chong Wei berkata beliau akan memberi fokus terhadap acara berpasukan campuran terlebih dahulu, sebelum memulakan cabaran dalam acara individu yang akan bermula pada 11 April.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu berkata dua pemain India K Srikanth dan HS Prannoy dijangka menjadi pencabar dalam misinya meraih pingat emas acara individu nanti.

“Saya teruja beraksi di Sukan Komanwel dan saya rasa ini Sukan Komanwel terakhir untuk saya, jadi saya harap dapat sumbang pingat emas kepada negara.

“Dalam masa empat tahun lagi, saya sudah 40 tahun, saya rasa sudah tua jadi mahu beri peluang kepada pemain muda untuk tonjolkan bakat mereka,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia