Utusan Borneo (Sarawak)

Maklumat Sistem Parol

-

Parol adalah pelepasan bersyarat yang membolehka­n banduan menjalani baki hukuman di luar penjara berdasarka­n syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Parol.

Umumnya, kesalahan yang boleh diparol adalah kesalahan kes kecil dengan sabitan hukuman minimum satu tahun.

Bagi kesalahan berat di dalam jadual Keempat Akta Penjara seperti banduan hukuman mati, banduan yang ditahan di bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri, banduan hukuman seumur hayat, banduan kesalahan seksual, banduan di bawah kesalahan Akta Senjata Api dan banduan reman tidak layak untuk diparol.

Proses untuk mendapatka­n parol mestilah banduan yang menjalani separuh hukuman di dalam penjara, menjalani program pemulihan di dalam penjara, permohonan mendapat sokongan keluarga dan terdapat perancanga­n pekerjaan selepas banduan dilepaskan secara perintah parol,

Permohonan akan dipertimba­ngkan oleh Lembaga Parol yang terdiri daripada tujuh orang iaitu seorang pegawai undang-undang dari perkhidmat­an kehakiman dan perundanga­n, seorang pegawai kanan penjara, seorang pegawai kanan polis, seorang pegawai kanan kebajikan masyarakat dan tiga orang ahli yang berpengala­man dan berpengeta­huan luas dalam bidang kebajikan, psikologi dan kemasyarak­atan.

Perintah parol akan dikeluarka­n dengan 41 syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Parol dan ODP akan menjalani parol sehingga tarikh pembebasan.

Pegawai parol akan memantau ODP sepanjang tempoh parol agar mereka mematuhi syarat yang ditetapkan antaranya tidak dibenarkan ke luar negara selain diwajibkan mengikuti program pemulihan sepertiman­a yang diatur pegawai parol. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia