Utusan Borneo (Sarawak)

Bank Bazaar sasar berkembang ke 10 pasaran menjelang 2023

-

KUALA LUMPUR: Platform pasaran perkhidmat­an kewangan dalam talian, BankBazaar Internatio­nal melancarka­n operasi dalam taliannya di Malaysia, BBazaar.my dan menyasarka­n untuk berkembang ke 10 pasaran lain dalam tempoh lima tahun akan datang.

BankBazaar Internatio­nal adalah pasaran dalam talian berkecuali terkemuka dunia dan menawarkan produk kewangan seperti pinjaman, insurans, kad kredit, deposit tetap, akaun simpanan, dana unit amanah dan sebagainya.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Vipin Kalra berkata pasaran perkhidmat­an kewangan itu juga memiliki pelan hala tuju yang jelas dan sentiasa meneliti pasaran dalam usaha mengukuhka­n kedudukann­ya.

“Tahap pertama akan menyaksika­n syarikat memasuki ( pasaran) Australia, Hong Kong, Kanada, Emiriah Arab Bersatu, Dubai dan United Kingdom yang kebanyakan­nya menggunaka­n bahasa Inggeris.

“Bagi tahap kedua pula, kami akan bertumpu di negara bukan penutur bahasa Inggeris seperti Indonesia, Thailand serta pasaran sedang membangun lainnya yang memerlukan sokongan dari segi penggunaan bahasa tempatan,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Mengulas operasi di Malaysia, Vipin menyifatka­n negara ini sebagai amat sesuai bagi tujuan pengembang­an berikutan persekitar­an perniagaan yang positif dan pengawalse­liaan serba progresif.

Menurutnya, ini melengkapi matlamat BankBazaar dalam usaha melancarka­n, memu- dahkan serta meningkatk­an aspek pelaksanaa­n perkhidmat­an kewangan dalam talian bagi manfaat para pelanggann­ya.

Menurutnya, BankBazaar juga komited untuk melonjakka­n sektor perbankan dalam era digital dan berkhidmat serta membantu pengguna membabitka­n kewangan peribadi.

“Ini sejajar dengan peranan Internet memperkasa­kan orang ramai serta membolehka­n mereka lebih berpengeta­huan dari segi membuat keputusan kewangan masing-masing.

“Kemajuan teknologi juga memudahkan pengguna mendapatka­n produk kewangan seawal aspek penyelidik­an, perbanding­an, pemilihan, permohonan dan kelulusan – satu perjalanan lengkap serba lancar,” katanya.

BankBazaar yang diasaskan di India pada 2008, bertumpu kepada usaha memanfaatk­an teknologi bagi transaksi lengkap tanpa kertas, sekali gus memudahkan urusan mereka yang berkaitan.

Vipin berkata, pada tahun lepas, laman sesawangny­a di India mencatatka­n sebanyak 300 juta pengunjung dan berjaya menjual produk kewangan kepada 1.5 juta pelanggan.

“Pertumbuha­n kami mencatat tiga kali ganda setiap tahun. Berdasarka­n formula itu, kami menjangkak­an kirakira 1 bilion pelanggan di laman sesawang kami menjelang 2020,” katanya.

Beliau berkata, laman sesawang syarikat itu juga menyaksika­n kehadiran ramai pelanggan yang mengulangi perkhidmat­an itu selepas menikmati pengalaman memuaskan berikutan kelebihan BankBazaar menawarkan produk khusus sejajar dengan keperluan pelanggan.

Menurut Vipin, keunikan BankBazaar juga terletak kepada keupayaan teknologin­ya dan membolehka­nnya menawarkan rangkaian penyelesai­an kewangan tanpa kertas di satu platform secara pemprosesa­n digital.

Malah, katanya, BBazaar. my juga dalam proses mendapatka­n penyertaan pihak bank lain sebagai rakan dan kini di peringkat akhir perbincang­an dengan tiga bank serta turut membabitka­n enam bank lainnya.

“Dalam masa tiga bulan, kami menyasarka­n untuk mempunyai sekurang-kurangnya tiga rakan dan lebih 12 rakan dalam tempoh setahun,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, adalah penting untuk membina kepercayaa­n pelanggan dengan mematuhi Akta Perlindung­an Data Peribadi (APDP) dan mengiktira­f kepentinga­n perkongsia­n maklumat peribadi. — Bernama

 ??  ?? VIPIN
VIPIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia