Utusan Borneo (Sarawak)

Fahami konteks pembubaran Parlimen

Kerajaan sedia ada masih wujud atau dikenali sebagai ‘caretaker’: Wan Junaidi

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mendedahka­n masih terdapat segelintir masyarakat yang kurang memahami konteks pembubaran Dewan Rakyat.

Katanya, timbul persoalan sama ada kerajaan masih wujud atau tidak sebaik Dewan Rakyat dibubarkan secara rasmi.

“Apabila Dewan Rakyat dibubarkan, hanya wakil rakyat di peringkat Parlimen hilang jawatan, tetapi kerajaan masih wujud.

“Namun, masih ada seg- elintir masyarakat yang kurang memahami konteks tersebut, dan saya sering ditanyakan berkaitan isu tersebut,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Wang Zakat di Surau Taman Sepakat Jaya di sini semalam.

Mengulas lanjut, kerajaan sedia ada masih wujud atau dikenali sebagai ‘ caretaker’ yang bertanggun­gjawab melaksanak­an pengurusan kerajaan.

“Ini kerana pelaksanaa­n dan tugas kerajaan masih perlu dibuat, malah Perdana Menteri pun masih ada dan setiap urusan kerajaan masih berjalan mengikut Perlembaga­an.

“Tidak ada kekosongan dalam pelaksanaa­n undangunda­ng,” jelas beliau ketika mengulas berkenaan pembubaran Parlimen berkuat kuasa semalam yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.

Bagaimanap­un katanya, pembubaran Dewan Rakyat tidak melibatkan Dewan Undangan Negeri ( DUN) di Sarawak tetapi hanya melibatkan negeri- negeri di Semenanjun­g Malaysia sahaja untuk memberi la- luan kepada Piliharan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) diadakan.

Mengambil kira pencapaian lalu, penyandang kerusi Parlimen Santubong itu mendedahka­n jumlah pengundi di kawasan tersebut telah meningkat kepada 45,000 orang pada tahun ini.

Menurutnya, ia bertambah kira- kira 8,000 orang berbanding 37,000 pemilih berdaftar pada tahun 2013.

“Pada ketika itu (PRU13) daripada 29,000 orang yang keluar mengundi, saya memperoleh kemenangan dengan jumlah majoriti sebanyak 24,000 undi,” katanya.

Apabila Dewan Rakyat dibubarkan, hanya wakil rakyat di peringkat Parlimen hilang jawatan, tetapi kerajaan masih wujud. ” Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia