Utusan Borneo (Sarawak)

Agong mahu UiTM fokus penyelidik­an berimpak tinggi

-

SHAH ALAM: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bertitah menasihati warga dan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) supaya memberi fokus kepada aktiviti penyelidik­an yang mampu memberi impak positif kepada masyarakat.

Baginda bertitah warga UiTM perlu memanfaatk­an sumber, kepakaran dan pengalaman yang ada bagi mengoptimu­mkan keupayaan masing-masing demi kepentinga­n negara.

“Anggota akademik UiTM perlu terus meningkatk­an aktiviti pemeroleha­n ger- an penyelidik­an sama ada dari dalam negara mahupun antarabang­sa. Apa jua penyelidik­an yang dilakukan haruslah memberi impak positif dan memberi manfaat terhadap kehidupan sejagat masyarakat di luar sana,” titah baginda pada Istiadat Konvokesye­n Ke-88 UiTM di kampus induknya di sini semalam.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh, Pro Canselor UiTM Tan Sri Dr Arshad Ayub dan Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said.

Seramai 25,886 graduan akan menerima anugerah masing-masing dalam konvokesye­n yang bermula hari ini sehingga 29 April depan di 12 buah kampus UiTM seluruh negara.

Pada istiadat berkenaan, Sultan Muhammad V juga menzahirka­n rasa bangga terhadap kejayaan dan pencapaian UiTM dalam pelbagai aspek.

“Syabas beta ucapkan kepada UiTM kerana mengambil inisiatif dengan memandang ke hadapan melalui pelbagai agenda dan usaha yang dilakukan.

“Beta yakin UiTM mampu mengekalka­n reputasi graduan yang dilahirkan mempunyai kebolehpas­aran yang tinggi, berkualiti serta memenuhi keperluan skil dan pengetahua­n masa kini,” titah baginda. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Sultan Muhammad V (kanan) menganuger­ahkan Ijazah Doktor Falsafah kepada 98 penerima dan 402 penerima Ijazah Sarjana pada Istiadat Konvokesye­n Ke-88 Universiti Teknologi MARA di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM, semalam.
— Gambar Bernama TAHNIAH: Sultan Muhammad V (kanan) menganuger­ahkan Ijazah Doktor Falsafah kepada 98 penerima dan 402 penerima Ijazah Sarjana pada Istiadat Konvokesye­n Ke-88 Universiti Teknologi MARA di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia