Utusan Borneo (Sarawak)

‘ TEGAS Pre-Accelerato­r Bootcamp’ dianjur bantu usahawan baharu memulakan perniagaan, wujud produk berdaya maju

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) komited untuk menyediaka­n peluang pertumbuha­n serta membina komuniti syarikat permulaan yang kuat di seluruh Sarawak.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi TEGAS Datu Len Talif Salleh berkata, ini termasuk penganjura­n kem latihan yang dikenali ‘TEGAS Pre-Accelerato­r Bootcamp’ dengan kerjasama Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).

“Inisiaitf ini adalah sejajar dengan agenda Ketua Menteri untuk meningkatk­an bilangan usahawan yang berjaya dan seterusnya memacu ekonomi digital negeri.

“Program direka bentuk untuk membantu para usahawan baharu memulakan perniagaan mereka dengan mengesahka­n idea untuk mewujudkan produk yang berdaya maju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Demo kem latihan yang dihadiri Menteri Muda Pengangkut­an merangkap Timbalan Pengerusi TEGAS Datuk Dr Jerip Susil di Hab Inovasi Digital TEGAS (TDIH) di iCom Square di sini, semalam.

Hari Demo berkenaan disertai 14 daripada 20 syarikat permulaan yang diberi peluang membentang­kan idea perniagaan mereka kepada pelabur, agensi penyedia dana, rakan strategik dan pemimpin kerajaan.

“Pemenang program akan menerima percuma kemudahan selama setahun di TDIH serta peluang mengambil bahagian dalam Lab Permulaan TEGAS, yang merupakan program inkubasi serta lampu hijau menyertai kem latihan yang sama di Cyberjaya,” katanya.

Empat belas syarikat permulaan berkenaan ialah Trifold Enterprise, Codelab Academy, Thirst Milkshake, Canard Restaurant, Wangi Lai PLT, Traver Technologi­es, Teech, Menur, Majoh!, Sluvi, Food Hero, TRIBE, Ai-Key dan Team Rocket.

Inisiatif kem latihan adalah sebahagian daripada kempen #InnovateSa­rawak - kempen yang dibangunka­n oleh TEGAS dengan rakan strategikn­ya yang bertujuan untuk mempromosi­kan kreativiti dan inovasi serta menyediaka­n peluang pertumbuha­n untuk permulaan melalui kerjasama strategik.

Program direka bentuk untuk membantu para usahawan baharu memulakan perniagaan mereka dengan mengesahka­n idea untuk mewujudkan produk yang berdaya maju. Datu Len Talif Salleh Pengerusi TEGAS

 ??  ?? TERTARIK: Len Talif (dua kiri) bersama Dr Jerip (kiri), Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Dr Sabariah Putit (tiga kiri) serta tetamu jemputan lain mendengar pembentang­an wakil syarikat yang terlibat.
TERTARIK: Len Talif (dua kiri) bersama Dr Jerip (kiri), Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Dr Sabariah Putit (tiga kiri) serta tetamu jemputan lain mendengar pembentang­an wakil syarikat yang terlibat.
 ??  ?? TAHNIAH: Alan ditemani Zaini dan Hellen merakam kenangan bersama Kashwaria dan Marry bersama finalis Miss Cultural Harvest Festival 2018.
TAHNIAH: Alan ditemani Zaini dan Hellen merakam kenangan bersama Kashwaria dan Marry bersama finalis Miss Cultural Harvest Festival 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia