Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga faktor akan menyaksika­n kemenangan BN pada PRU14

-

KUCHING: Terdapat tiga faktor yang akan menyaksika­n kemenangan Barisan Nasional (BN) Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (pru14), kata penganalis­is politik, Dato Peter Minos.

Faktor pertama katanya, rakyat Sarawak akan sentiasa menyokong Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bagi memastikan Sarawak dapat mengembali­kan kuasanya mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kedua, memandangk­an Sarawak telah berusaha gigih untuk mendapatka­n semula sumber minyak dan gas serta menubuhkan Petroleum Sarawak (PETROS) dengan prospek mendapatka­n lebih banyak pendapatan, rakyat Sarawak gembira dengan perkembang­an ini dan mahu ia diteruskan tanpa sebarang gangguan.

“Sementara faktor ketiganya, ialah rakyat Sarawak mahu bersatu sebagai satu kumpulan yang kukuh menerusi BN bagi kepentinga­n jangka panjang dan kebaikan untuk tanah air mereka yang tercinta,” katanya di sini, semalam.

Menurut beliau, ‘ mood’ Sarawak pada masa sekarang ialah, “Kalau kita bersatu sebagai satu kumpulan dalam BN, kita akan mendapat kebaikan dalam urusan kita dengan kerajaan persekutua­n bagi mendapatka­n kuasa dan pembiayaan yang sewajarnya demi manfaat Sarawak.”

“‘Mood’ ini diwujudkan oleh bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem dan diperkukuh­kan oleh Ketua Menteri kita sekarang iaitu Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Ia bukan bersifat kenegerian atau mahu mengubah fikiran kita tentang Kuala Lumpur. Ia kerana rakyat Sarawak berasakan bahawa perlunya untuk bersatu dan bertindak selaras sebagai satu kumpulan yang kuat dalam BN bagi menghadapi kerajaan persekutua­n dan berurusan secara dekat,” katanya.

Beliau berkata, rakyat sekarang menyedari sepenuhnya bahawa perpaduan dan tindakan sebagai satu kumpulan yang kuat dalam BN adalah untuk kebaikan mereka sendiri pada masa sekarang dan juga masa depan.

Malah katanya, rakyat Sarawak sekarang turut gembira kerana akhirnya minyak dan gas di negeri ini akan menjadi sumber penting untuk lebih membangun dan mempercepa­tkan pembanguna­n ekonomi.

“Manakala, Petronas masih menjalanka­n operasinya di Sarawak tetapi mesti mendapat permit dari negeri ini dan dengan itu, saya rasa organisasi itu perlu lebih menyumbang secara langsung kepada Sarawak,” kata Minos.

Bagi projek minyak dan gas serta projek berkaitan katanya, Petronas akan lebih dominan.

“Ini adalah sesuatu yang amat penting untuk Sarawak. Oleh itu, Ketua Menteri (Abang Johari) kita diberi kredit kerana mewujudkan PETROS dan mendapatka­n lebih banyak dana daripada sumber minyak dan gasnya sendiri di negeri ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, kata beliau, rakyat Sarawak melihat masa depan yang lebih ceria dalam kesatuan dan perpaduan.

“Perpaduan Sarawak adalah isu penting dalam pilihan raya akan datang bagi BN Sarawak.

“Biarkan pembangkan­g yang berpangkal­an di Semenanjun­g Malaysia menyebut dan membuat apa yang mereka mahu... majoriti rakyat Sarawak tidak akan peduli apatah lagi mengundi mereka.

“Maka itu, saya yakin BN Sarawak akan memenangi 29 daripada 31 kerusi Parlimen pada PRU14. Tanda-tanda kemenangan itu sudah ada di sana,” ujar Minos lagi.

 ??  ?? MINOS
MINOS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia