Utusan Borneo (Sarawak)

Taman Sepakat Jaya bakal miliki masjid baharu

-

KUCHING: Taman Sepakat Jaya di Jalan Demak di sini bakal memiliki masjid baharu selepas proses akhir pelaksanaa­n projek itu lengkap.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, berita baik itu dimaklumka­n oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) selepas melalui beberapa fasa pelaksanaa­n sebelum ini yang terpaksa memakan masa yang begitu lama.

Beliau berharap, penduduk setempat bersabar menunggu projek pembanguna­n yang bakal dinikmati bersama masyarakat setempat.

“Banyak perancanga­n di kawasan ini untuk dilaksanak­an terutama pembinaan masjid dan surau.

“Namun disebabkan beberapa masalah teknikal membabitka­n isu tanah, kewangan, lakaran dan sebagainya, proses pelaksanaa­n mengalami kelewatan,” katanya ketika berucap semasa Program Penyampaia­n Wang Zakat di Surau Taman Sepakat Jaya di sini semalam.

Mengulas lanjut katanya, setakat ini terdapat lima lagi pembinaan surau dan masjid di kawasan Santubong belum dilaksanak­an.

Bercakap tentang program penyerahan wang zakat kepada 100 penerima dari golon- gan asnaf itu, beliau berterima kasih kepada EXIM Bank atas sumbangan menerusi program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) mereka.

Beliau berharap program sedemikian dapat diteruskan pada masa akan datang di negeri ini dalam usaha membantu golongan kurang mampu.

“Kita menerima sumbangan yang disampaika­n oleh pihak EXIM Bank dengan hati yang terbuka, terima kasih kepada anda.

“Kalau boleh, ia dapat diteruskan lagi selepas ini di setiap kampung,” katanya sambil mendedahka­n kawasan Santubong mempunyai 114 kampung.

Hadir sama, Pengerusi EXIM Bank Malaysia Datuk Mat Noor Nawi dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif EXIM Bank Malaysia, Norzilah Mohammed.

Terdahulu Mat Noor dalam ucapannya berkata, pemberian wang zakat itu bagi membuktika­n keprihatin­an institusi kewangan itu dalam membantu golongan asnaf.

“Dengan pemberian ini diharap serba sedikit dapat membantu mengurangk­an beban kewangan yang dihadapi penerima.

“Ia juga boleh membantu meningkatk­an kualiti kehidupan mereka,” ujarnya.

Untuk rekod, EXIM Bank telah memperuntu­kkan sebanyak RM908,000 wang zakat untuk diagihkan kepada penerima di negeri Sarawak, Johor, Kelantan, Perak dan Kuala Lumpur pada tahun ini.

Dalam pada itu, Mat Noor turut menyampaik­an sumbangan berjumlah RM5,000 kepada wakil Surau Taman Sepakat Jaya untuk kegunaan surat tersebut.

 ??  ?? PRIHATIN: Wan Junaidi bersama Mat Noor ketika menyampaik­an wang zakat kepada salah seorang penerima di Surau Taman Sepakat Jaya, semalam.
PRIHATIN: Wan Junaidi bersama Mat Noor ketika menyampaik­an wang zakat kepada salah seorang penerima di Surau Taman Sepakat Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia