Utusan Borneo (Sarawak)

Sebuah kereta hadiah utama cabutan bertuah sempena Program Sejiwa Senada Miri 2018

-

MIRI: Sebuah kereta merupakan hadiah utama cabutan bertuah sempena Program Sejiwa Senada Miri 2018 berlangsun­g dua hari di Padang Majlis Bandaraya Miri ( MBM) bermula semalam.

Hadiah itu diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dalam temu bual ekseklusif Radio Sarawak FM.

Selain kereta, dua motosikal jenama Modenas turut menanti pengunjung bertuah selain 150 hadiah lain.

“Terdapat 100 agensi kerajaan menyediaka­n perkhidmat­an di Sarawak berkumpul di sini yang boleh memberi perkhidmat­an secara terus kepada rakyat.

“Pada masa sama, kita juga menganjurk­an kembali Sarawak Kitchen ( Dapur Sarawak) serta konsert beberapa artis tempatan untuk hiburan pengunjung,” katanya ditemui selepas menyempurn­akan praperasmi­an Program Sejiwa Senada 2018 di sini semalam.

Menurutnya, program itu menyediaka­n ruang kepada rakyat mendapatka­n perkhid- matan terus daripada pelbagai agensi kerajaan sekali gus menyelesai­kan masalah rakyat.

Majlis perasmian program Sejiwa Senada dijangka disempurna­kan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada hari ini.

“Ketua Menteri akan berada di sini bagi merasmikan Senada Sejiwa Miri dan saya rasa pelbagai pendekatan atau inisiatif baharu akan dikongsi beliau nanti khasnya melibatkan agenda kerajaan,” katanya.

Pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan antaranya senamrobik, pameran dan jualan makanan, konsert rakyat selain persembaha­n artis popular tanah air.

Beliau menyeru supaya masyarakat sekitar khasnya warga Miri hadir beramai-ramai mendapatka­n lebih banyak informasi dan perkhidmat­an serta memeriahka­n program tersebut.

“Cabutan bertuah dilakukan esok (hari ini) dan orang ramai masih berkesempa­tan merebut hadiah yang ditawarkan penganjur,” katanya.

 ??  ?? SIMBOLIK: Morshidi (empat kanan) memotong reben simbolik praperasmi­an Sejiawa Senada Miri 2018 di Padang MBM semalam.
SIMBOLIK: Morshidi (empat kanan) memotong reben simbolik praperasmi­an Sejiawa Senada Miri 2018 di Padang MBM semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia