Utusan Borneo (Sarawak)

KDN belum terima surat rayuan PPBM

-

GEORGE TOWN: Kementeria­n Dalam Negeri masih belum menerima surat permohonan rayuan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berhubung penggantun­gan sementara parti itu oleh Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (RoS).

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau ada mendapat maklumat bahawa parti itu mahu membuat rayuan berhubung perkara berkenaan, namun pihaknya tidak menerima sebarang dokumen setakat ini.

“Saya sudah membaca dalam media bahawa mereka (PPBM) akan membuat rayuan. Sehingga kini saya belum menerima sebarang surat rayuan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Pulau Pinang, di sini semalam.

RoS pada Khamis mengeluark­an perintah penggantun­gan sementara berikutan kegagalan PPBM mengemukak­an minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusatnya serta penyata kewangan setelah diarah berbuat demikian pada 28 Feb melalui satu notis mengikut Seksyen 14(2) Akta Pertubuhan 1966.

Ketua pengarah RoS Surayati Ibrahim berkata setelah mengeluark­an perintah bahawa PPBM mempunyai masa 30 hari untuk mengemukak­an butiran itu, parti itu akan dibubarkan sekiranya ia gagal berbuat demikian.

Dalam masa 30 hari itu, PPBM dilarang dari- pada menggunaka­n nama dan simbolnya serta menjalanka­n aktiviti parti.

Pada 20 Mac tahun lepas, PPBM menyertai gabungan pembangkan­g, Pakatan Harapan, yang sebelum itu dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara, sebagai komponenny­a.

Sementara itu, mengulas mengenai penggunaan logo dan simbol PKR oleh partiparti komponen Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke- 14, Ahmad Zahid berkata: “Kami mengalu-alukannya ”.

Pengumuman itu dibuat pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad pada program Jelajah Harapan di Taman Bukit Dahlia, di Pasir Gudang, Johor malam kelmarin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia