Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas ketua hakim kulit hitam timbang bertanding jawatan presiden Brazil

-

BRASILIA: Bekas ketua hakim dan anggota kulit hitam pertama Mahkamah Agung Brazil, Joaquim Barbosa, menyertai Parti Sosialis Brazil (PSB) yang berhaluan kiri lewat kelmarin sambil menimbang kemungkina­n untuk menjadi presiden dalam pilihan raya pada Oktober nanti.

Barbosa, 63, tidak pernah bertanding untuk memegang kuasa tetapi dia dikagumi kerana mengetuai perbicaraa­n korupsi politik berprofil tinggi pada 2012 berhubung pembelian undi yang membawa kepada pemenjaraa­n tiga pembantu tertinggi bekas presiden haluan kiri Luiz Inacio Lula da Silva.

Sejak Barbosa bersara dari mahkamah tertinggi pada 2014, namanya kerap muncul adlam tinjauan pendapat pilihan raya presiden dan dia boleh merancakka­n kempen pilihan raya dengan menjadi calon anti-institusi yang dicari oleh ramai pengundi.

“Rundingan saya dengan PSB telah membawa kepada persefaham­an yang memberi keselesaan kepada saya untuk diberi lebih banyak masa bagi merenungka­n keputusan muktamad sama ada untuk bertanding ataupun tidak,” Barbosa menyebut dalam satu kenyataan.

Dia berkata PSB tidak menjamin pencalonan itu kepadanya.

Pegawai PSB berkata tinjauan mereka mendapatii Barbosa dapat memperoleh­i banyak undi rakyat Brazil yang akan meninggalk­an Parti Pekerja yang dianggotai Lula kerana pensabitan­nya atas tuduhan rasuah dan pemenjaraa­nnya yang tidak dapat dielak.

Kebanyakan ahli parti menyokong pencalonan Barbosa di satu konvensyen pada Jun akan datang, kata mereka.

Selepas institusi politik Brazil digegarkan oleh skandal rasuah politik, pengundi mencari calon alternatif seperti Barbosa yang jujur dan boleh dipercayai, kata ketua parti Carlos Siqueira kepada Reuters pada minggu lepas.

“Barbosa kemungkine­n besar akan menjadi ‘sleeper’ dalam pilihan raya ini,” kata firma perundinga­n risiko politik Eurasia dalam satu nota kepada pelanggan.

Tauliah antirasuah Barbosa akan membantuny­a menarik undi daripada calon haluan tengah Geraldo Alckmin dari Parti Demokrasi Sosial Brazil (PSDB) dan aktivis alam sekitar Marina Silva selain membantuny­a mara ke pemilihan pusingan kedua, kata Eurasia. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia