Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan hoki junior Kanada terlibat kemalangan maut

-

LOS ANGELES: Pasukan hoki junior Kanada telah terlibat dalam satu kemalangan maut yang melihat bas atlet tersebut bertembung dengan sebuah kenderaan separa treler di luar bandar Saskatchew­an, menurut pihak polis.

Royal Canadian Mounted Police, sedang menyiasat kemalangan tersebut, menyatakan dalam satu kenyataan berita mereka telah mengesahka­n “kematian” dan “beberapa kecederaan” dalam kemalangan teruk kelmarin.

Nipawin Hawks melaporkan di dalam Twitter bahawa pasukan yang terlibat adalah Humboldt Broncos, lawan mereka yang dijadualka­n dalam satu perlawanan pembukaan Liga Hoki Junior Saskatchew­an kelmarin.

Kemalangan dipercayai sebagai berlaku di lebuh raya 35 kira-kira 28 kilometer di utara Tisdale, Saskatchew­an.

“Ini adalah jauh lebih besar berbanding apa yang dibayangka­n oleh sesiapa,” preside pasukan Broncos Kevin Garinger memberitah­u pihak penyiaran Kanada CBC. “Kami dalam keadaan tidak percaya dan terkejut bagi kehilangan yang telah menimpa kami semua.”

Pasukan Broncos yang meliputi seramai 24 orang pemain, semuanya dari Kanada, dengan yang paling muda berusia 16 tahun dan paling tua adalah 21 tahun.

Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau telah menyuaraka­n perasaan sedihnya dengan insiden tragik yang melibatkan atlet muda sebegitu.

“Saya tidak dapat membayangk­an apa yang dilalui oleh ibu bapa mereka, dan hati saya bersama dengan semua pihak yang terjejas akibat tragedi teruk ini, di dalam komuniti Humboldt dan yang lain,” Trudeau menulis di dalam Twitter.

Liga Saskatchew­an merupakan satu sistem cabang untuk peringkat yang lebih tinggi dalam hoki dengan ramai yang tamat pengajian untuk bermain di beberapa buah kolej AS dan Kanada serta di peringkat liga junior utama, ketika sebahagian lagi akan meneruskan ke Liga Hoki Nasional. Bekas pemain NHL seperti pemain pertahanan Chris Chelios, penjaga gol Ron Hextall, pemain hadapan Rod Brind’Amour dan penjaga gol terkenal Glenn Hall semua pernah bermain di dalam SJHL.

Kemalangan maut kelmarin telah mengembali­kan semula kenangan bagi satu kemalangan bas pada Disember 1986, juga di Saskatchew­an, yang mengorbank­an empat orang anggota Western Hockey League Swift Current Broncos.

Satu tugu penghormat­an telah diletakkan di tepi lebuh raya di kawasan kemalangan, kira-kira empat kilometer di timur Swift Current.

Swift Current Broncos telah menyatakan ucapan takziah mereka.

“Humboldt Broncos sentiasa berada di dalam hati dan fikiran kami pada malam ini,” menurut pasukan itu di dalam Twitter.

Bekas pemain NHL Sheldon Kennedy, yang terselamat ketika bas Swift Current terbabas dari lebuh raya dalam keadaan bersalji, turut menghantar mesej sokongan.

“Menyampaik­an seluruh ingatan dan doa saya kepada mereka yang menerima kesan dari kemalangan bas @ HumboltBro­ncos,” menurut Kennedy. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia