Utusan Borneo (Sarawak)

Bukan senang kekalkan kerusi Parlimen Miri: DAP

-

MIRI: Setiausaha DAP Sarawak Alan Ling memberitah­u, bukan senang mengekalka­n kerusi Parlimen Miri kerana pengalaman mereka tidak standing dengan Barisan Nasional (BN) hampir enam dekad mentadbir negara.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut itu berkata, namun mereka akan mencuba sebaik mungkin pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

“Berikan kami lima tahun lagi untuk Parlimen Miri bagi membuktika­n boleh bekerja dan jika gagal, undi kami keluar seperti dijanjikan dalam manifesto.

“Kami tahu bukan sen- ang kerana BN mempunyai pengalaman namun Pakatan Harapan (PH) akan bekerja keras melakukan yang terbaik dan betul,” katanya pada majlis makan malam bagi mengutip dana DAP di sini malam kelmarin.

Beliau turut menegur pengundi yang membuat undi rosak dan menyifatka­n ia satu tindakan merugikan dan tidak membantu dalam membawa perubahan.

Dalamperke­mbanganber­kaitan, Alan enggan mengulas cadangan beliau menggantik­an Dr Michael Teo sebagai calon kerusi Parlimen Miri.

“Saya tidak tahu hendak cakap apa, lebih baik men- unggu pengumuman daripada pucuk pimpinan PH,” katanya.

Terdahulu, ADUN Padungan Wong King Wei menyatakan bahawa beliau mungkin mempertimb­ang semula calon baharu kerusi Parlimen Miri sekiranya penyandang Parlimen Miri Dr Michael Teo tidak sesuai menjadi calon.

Wong turut menyebut Baru Bian berpotensi sebagai calon mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding di Parlimen Miri bagaimanap­un jika Baru menolak, DAP cadangkan Alan Ling bertanding mewakili PKR.

Alan dipilih sebagai ADUN Piasau selepas menewaskan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Timbalan Ketua Menteri pada masa itu Datuk Patinggi Dr George Chan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2011.

Semasa PRN 2016, Alan tewas kepada Datuk Sebastian Ting (SUPP) dengan mendapat 5,687 undi berbanding Sebastian 7,799 undi.

Hadir sama Pengerusi PKR Sarawak merangkap ADUN Ba’Kelalan Baru Bian, ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon, Pengerusi Amanah Miri Yeo Kian Leong, bekas ADUN Senai, Johor Wong Shu Qi dan Ahli Jawatankua­sa DAP Sarawak Dr Bob Baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia