Utusan Borneo (Sarawak)

Gadis Dayak dipelawa sertai Pertanding­an Kumang Gawai

-

SIBU: Gadis Dayak yang masih bujang berumur 18 hingga 30 tahun dijemput untuk menyertai Pertanding­an Kumang Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu pada 26 Mei ini di Dewan Suarah Sibu jam 6 petang.

Pertanding­an ini diadakan sempena Majlis Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu yang akan dihadiri tetamu kehormat Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Ia terbuka kepada manamana individu yang berbangsa Dayak sahaja asalkan masih bujang.

Tiada bayaran dikenakan untuk menyertai pertanding­an ini dan semua kos pertanding­an harus ditanggung peserta sendiri.

Selain itu, para peserta hendaklah mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 5 kaki 2 inci.

Kriteria pemarkahan ialah 60 peratus bagi kecantikan, 15 peratus (pakaian) dan 25 peratus (susuk tubuh dan keyakinan diri).

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 11 Mei jam 5 petang.

Pertanding­an Kumang ini menawarkan hadiah berupa wang tunai RM1,500 berserta piala, hamper, selempang dan mahkota, manakala naib johan (Lulong) akan menerima RM1,200 beserta piala, hamper dan selempang dan tempat ketiga (Selinggar Matahari) RM1,000 berserta piala, hamper dan selempang.

Tempat keempat akan memenangi wang tunai RM300 berserta selempang dan tempat kelima akan membawa pulang wang tunai RM250 berserta selempang.

Lima pemenang lagi iaitu tempat keenam hingga ke10 akan menerima RM150 setiap seorang sebagai sagu hati.

Borang boleh diambil atau sebarang pertanyaan lanjut diminta menghubung­i Angelyn Uchi Maseng di talian 016-8825861, Senorita Salleh (013-8061265) atau Claudia Dieo (0198346803).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia