Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan buang masa dengan perkara negatif, maklumat palsu: Lee

-

MIRI: Rakyat Sarawak diingatkan untuk tidak membuang masa dengan perkara negatif dan maklumat palsu disebarkan pihak-pihak tertentu.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata rakyat harus berhati-hati dan bijak menilai maklumat diterima daripada mengelak perbalahan dan salah faham.

“Pilihan raya akan datang, kita harus berhati-hati dan tidak terpengaru­h dengan maklumat palsu. Ingatlah masa depan di tangan kita sendiri,” katanya ketika merasmikan senamrobik sempena Sejiwa Senada di Padang Majlis Bandaraya Miri (MBM) kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu mahu rakyat pelbagai kaum di negeri ini mengukuhka­n perpaduan dan mengekalka­n keharmonia­n untuk kemajuan masa depan Sarawak.

Menurutnya, rakyat khasnya pengundi perlu memainkan peranan memilih kerajaan yang akan memimpin negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Kita mahu rakyat terus maju. Mahu Sarawak terus menjadi contoh semangat 1Malaysia,” jelasnya sambil menambah rakyat Sarawak harus berbangga menjadi rakyat yang sentiasa menonjolka­n semangat Sarawak.

Mengenai aktiviti itu, beliau berkata ia antara cara menggalakk­an rakyat terlibat dalam aktiviti sihat.

Menurutnya, minda yang positif lahir daripada tubuh yang sihat dan cergas.

Penganjura­n Sejiwa Se- nada antara langkah kerajaan mendekati rakyat menerusi pelbagai aktiviti yang dikendalik­an.

Ia juga mengetenga­hkan kepada rakyat dengan program-program pembanguna­n dilaksanak­an dan bakal dirancang untuk manfaat semua.

Turut sama seramai 600 peserta senamrobik ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Mohamad Abu Bakar Marzuki, Residen Bahagian Miri Sherrina Hussaini dan Pemangku Setiausaha MBM Morshidi Frederick.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia