Utusan Borneo (Sarawak)

MLNG melalui beberapa fasa pertumbuha­n dalam pengeluara­n gas asli cecair sekali gus jana pendapatan negara

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Malaysia LNG Group of Companies (MLNG) kini melalui beberapa fasa pertumbuha­n dan berkembang sejak 40 tahun lepas dalam pengeluara­n gas asli cecair pertamanya pada 1983 yang dieksport ke Jepun, sekali gus menjana pendapatan negara.

Ketua Pegawai Eksekutif MLNG Pau Kiew Huai berkata, sejak memulakan pengeluara­n pada 1983 dengan menghantar kargo pertama ke Jepun, syarikat terus mengalami pertumbuha­n pesat.

Katanya, kapasiti pengeluara­n adalah enam juta tan metrik setahun bersamaan 100 kapal kargo besar, di mana sebuah kargo LNG kini bernilai RM100 juta.

“Hari ini kami mempunyai sembilan ‘train’ dengan keseluruha­n pengeluara­n berkapasit­i 30 juta tan metrik iaitu lima kali ganda kapasiti pertumbuha­nnya dan pendapatan hasil tahun lepas adalah RM35 bilion hingga RM40 bilion mengikut harganya.

“Boleh bayangkan hasil pendapatan itu, jumlah sumbangan daripada Petronas MLNG kepada kerajaan negeri dan Kerajaan Malaysia adalah sesuatu yang menggerakk­an perkembang­an dan pertumbuha­n pembanguna­n bandar Bintulu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ke- 40 MLNG dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di Taman Tasik Muhibah semalam.

Justeru katanya, ulang tahun ini menandakan tempoh penting bagi penduduk Bintulu dan industri gas asli di Malaysia yang memulakan kontrak projek membina loji gas asli cecair untuk eksport selepas penemuan dan pengambila­lihan padang gas asli cecair terbesar oleh kerajaan.

“Gas asli pertama kali ditemui Shell dalam anggaran 20 trilion tong di kawasan padang gas yang amat besar di Luconia Tengah, perairan Bintulu,” katanya.

Sebelum itu, MLNG ditubuhkan pada 14 Jun 1978 selepas perjanjian usaha sama ditandatan­gani antara Petronas, Shell BV dan Mitsubishi untuk mengusahak­an projek gas cecair asli pertama Malaysia.

“Kami bermula dengan keadaan sederhana pada masa itu sehingga membawa kepada pembinaan Pelabuhan Bintulu yang menyediaka­n kemudahan jeti bagi memudahkan eksport gas asli dan kemudian kami bertuah kerajaan negeri dan pusat bersetuju mewujudkan BDA.

“Ia adalah permulaan untuk 40 tahun menandakan peristiwa penting dalam hati kami dan Bintulu yang sebelum itu adalah perkampung­an nelayan hanya menawarkan produk tangkapan hasil laut dengan harga hanya 50 sen sekilogram,” ujarnya.

“Semasa saya membesar di sini tiada apa-apa, tiada padang golf dan sebagainya tetapi hanya ada kebun getah, tempat memancing dan setiap hari penduduk fokus kepada kerja memotong getah, saya sendiri pernah memotong getah tetapi hari ini wujud banyak peluang kerja sebagai pengimpal, jurutera, konsultan, termasuk instruktor gim dan sebagainya,” tam- bahnya.

Jelasnya, Bintulu kini mencapai kualiti standard antarabang­sa dan memiliki banyak kemudahan, hospital dan dua pusat perubatan pakar, sekali gus kita berterima kasih kepada BDA yang menjadikan semua itu realiti.

BDA bahkan kemungkina­n merancang untuk membina bangunan besar berupa kompleks restoran berdekatan MLNG sebagai sokongan terhadap MLNG.

Beliau berkata, pihaknya percaya dalam pelaburan sosial korporat dan tanggungja­wab sosial korporat, MLNG akan mampu menghubung- kannya dengan masyarakat, antaranya, menggunaka­n perbelanja­an sumber kewangan besar iaitu menaja 400 pelajar setiap tahun ke Universiti Teknologi Petronas di Tronoh, Perak dan biasiswa untuk pelajar sekolah.

Jelasnya, pada tahun lepas presiden Petronas dan ketua menteri melancar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Jalan BintuluLap­angan Terbang Bintulu dengan kos aset lebih ratusan juta yang diharap akan menarik lebih ramai yang berminat dalam pendidikan dan mencapai kecemerlan­gan dalam kerjaya.

 ??  ?? MESRA: Pau (kiri) dan Rodziah bersalaman bagi menandakan kerjasama baik selama 40 tahun bersama-sama membangunk­an bandar Bintulu sambil disaksikan pengurusan BDA, Petronas MLNG serta tetamu lainnya.
MESRA: Pau (kiri) dan Rodziah bersalaman bagi menandakan kerjasama baik selama 40 tahun bersama-sama membangunk­an bandar Bintulu sambil disaksikan pengurusan BDA, Petronas MLNG serta tetamu lainnya.
 ??  ?? TAHNIAH: Helmi (dua kanan) menyampaik­an insentif pelajar cemerlang kepada Muhd Adam Haziq Husri yang merupakan salah seorang anak ahli SSSUA, malam kelmarin.
TAHNIAH: Helmi (dua kanan) menyampaik­an insentif pelajar cemerlang kepada Muhd Adam Haziq Husri yang merupakan salah seorang anak ahli SSSUA, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia