Utusan Borneo (Sarawak)

Raja dadah Malaysia dalangi cubaan menyeludup 700kg ‘Ice’

Bagaimanap­un, cubaan seludup Ice bernilai RM64 juta gagal

-

BANGKOK: Seorang lelaki rakyat Malaysia yang Polis Thailand kenali hanya sebagai ‘AJ’ dipercayai raja dadah yang mendalangi percubaan menyeludup 700 kilogram dadah jenis ‘Ice’ (Crystal Methapheta­mine) ke Malaysia lewat bulan lepas.

Identiti raja dadah yang mendalangi percubaan yang gagal itu didedahkan kepada Bernama oleh ketua Biro Anti Natrkotik (NSB) Thailand, Leftenan Jeneral Sommai Kongvisais­uk dan disokong timbalanny­a Mejar Jeneral Thanai Apichartse­nee.

“Dia (AJ) adalah orang yang bertanggun­gjawab terhadap percubaan menyeludup 700kg Ice,” kata Sommai di sini. Kes pada 28 Mac lepas itu memeranjat­kan NSB kerana melibatkan sejumlah besar dadah bernilai lebih 500 juta Baht (RM64 juta) yang cuba diseludup ke Malaysia oleh sindiket itu.

NSB dapat mengenal pasti identiti AJ sebagai dalang sindiket tersebut hasil risikan serta ‘maklumat’ yang diperoleh dari kedua-dua suspek rakyat Malaysia yang dita-

AJ ialah suspek utama yang mendalangi sindiket.

han semasa operasi untuk memintas dadah itu di Hatyai bulan lepas.

Kedua-dua suspek berusia 34 dan 49 tahun berasal dari dua buah negeri di utara Semenanjun­g Malaysia. Mereka ditahan oleh pegawai polis yang menyamar diri ketika sedang memunggahk­an dadah itu dari lori ke sebuah rumah sewa di bandar di selatan Thailand.

Seorang lelaki rakyat Thailand yang memandu lori itu juga ditahan sementara seorang lagi yang bersubahat dan bersenjata juga ditahan oleh pihak berkuasa tidak jauh dari tempat rampasan dadah itu selepas berlaku insiden tembak-menembak dengan pegawai polis yang menyamar diri.

Keempat-empat suspek telah dipindahka­n ke Bangkok untuk membantu siasatan.

Beberapa hari selepas penahanan dua suspek rakyat Malaysia, tiga pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berlepas ke Bangkok untuk menyoal siasat mereka.

Mereka menghabisk­an masa hampir 10 jam menyoal siasat kedua-dua suspek.

Thanai yang menyelia operasi Hatyai dan terlibat dalam tembak-menembak dengan rakan sejenayah tempatan yang bersenjata berkata, mereka tidak mempunyai keraguan mengenai identiti AJ berdasarka­n maklumat dari beberapa sumber.

“AJ ialah suspek utama yang mendalangi sindiket,” kata beliau ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Menurut beliau, kedua-dua suspek rakyat Malaysia bukan ‘pengedar dadah’ biasa bagi sindiket Malaysia itu tetapi orang kepercayaa­n AJ dan ini menjelaska­n kehadiran mereka di Hatyai untuk mengambil sendiri dadah itu dan membawanya ke Malaysia.

“Mereka bukan anggota biasa sindiket tetapi kami mengesyaki mereka sebagai mereka yang sangat rapat dengan AJ dan dipercayai orang kepercayaa­nnya,” kata beliau.

Thanai berkata, penahanan kedua- dua suspek rakyat Malaysia itu membolehka­n pihak berkuasa Thailand dan Malaysia menjalanka­n siasatan lebih mendalam mengenai modus operasi dalaman sindiket tersebut dan mengenal pasti dalang utamanya.

Beliau juga berkata, 700kg Ice yang dirampas itu bukan untuk pasaran tempatan tetapi disasarkan untuk pasaran antarabang­sa, sebagai contoh, ke Singapura, Indonesia, Australia dan negara lain yang mendapat harga yang tinggi.

Thanai juga berkata, kedua-dua rakyat Malaysia itu merancang untuk menggunaka­n trak pikap yang telah diubah suai yang mempunyai ruang rahsia untuk menyembuny­ikan dadah yang hendak diseludup ke Malaysia. — Bernama

Leftenan Jeneral Sommai Kongvisais­uk Ketua NSB Thailand

 ?? — Gambar Bernama ?? TUMPAS: Mohd Khalil (tiga kanan) menunjukka­n antara enam kenderaan yang dirampas dalam beberapa serbuan berasingan di empat daerah negeri ini pada 4 dan 6 April lalu ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Johor, semalam.
— Gambar Bernama TUMPAS: Mohd Khalil (tiga kanan) menunjukka­n antara enam kenderaan yang dirampas dalam beberapa serbuan berasingan di empat daerah negeri ini pada 4 dan 6 April lalu ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Johor, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TERBONGKAR: Rusli (kiri) bersama anggota menunjukka­n beras yang dirampas dari sebuah kereta yang mengangkut beras seludup tersebut di Dewan Beta awal pagi tadi pada sidang media di Ibu Pejabat AKSEM Kelantan, Kota Bharu, semalam.
— Gambar Bernama TERBONGKAR: Rusli (kiri) bersama anggota menunjukka­n beras yang dirampas dari sebuah kereta yang mengangkut beras seludup tersebut di Dewan Beta awal pagi tadi pada sidang media di Ibu Pejabat AKSEM Kelantan, Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia