Utusan Borneo (Sarawak)

Sekurang-kurangnya dua maut dalam tragedi di Muenster, penyerang bunuh diri

-

MNSTER: Seorang lelaki memandu van merempuh sebuah teres restoran yang sesak di Jerman kelmarin, membunuh sekurangku­rangnya dua orang sebelum menembak dirinya sendiri dan pihak berkuasa percaya suspek mengalami sakit mental.

Imej lokasi kejadian menunjukka­n kerusi meja patah dan terbalik di laluan pejalan kaki di tengah kota purba indah Muenster.

Sambil menegaskan siasatan masih dijalankan, menteri dalam negeri Herbert Reul berkata, penyerang dipercayai warga tempatan, bukannya pelarian atau pemohon suaka.

“Setakat ini tiada petunjuk bahawa ia berkaitan Islamis,” kata Reul, dari Parti Demokrat Kristian pimpinan Canselor Angela Merkel.

Sekurang- kurangnya 20 cedera, enam daripadany­a serius, kata polis, manakala penyerang dijumpai mati ditembak di belakang stereng vannya.

Polis berkata, sebuah objek yang berpotensi mencurigak­an dijumpai di dalam kenderaan itu yang mungkin bahan letupan, dan pakar dipanggil untuk mematikann­ya.

Laporan media berkata, pemandu itu yang hanya dikenali sebagai Jens R, mempunyai sejarah masalah kesihatan mental.

Badan penyiaran awam ZDF berkata, lelaki itu barubaru ini cuba membunuh diri manakala saluran berita bergerak NTV berkata, dia telah bercakap mengenai keinginan untuk menarik sebanyak mungkin perhatian kepada kematianny­a.

ZDF turut melaporkan bahawa dia mungkin ada kaitan dengan pergerakan haluan kanan radikal.

Majalah Der Spiegel melaporkan Jens R tinggal di Muenster dan polis menjumpai senjata api serangan di pangsapuri­nya.

Polis di kota universiti dengan 300,000 penduduk itu tidak segera mengesahka­n laporan tersebut.

“Tembakan kedengaran dan kemudian jeritan.

“Polis tiba dan mengeluark­an semua orang dari sini,” kata seorang pekerja restoran yang diserang dekat teres itu kepada NTV.

“Ramai orang menjerit. Saya marah kerana ini adalah satu perbuatan pengecut.”

Jerman sudah lama bersiap sedia bagi keganasan selanjutny­a ekoran beberapa serangan yang didakwa dilakukan oleh kumpulan pelampau Daesh (Negara Islam atau IS), paling berdarah sekali satu rempuhan trak di sebuah pasar Natal di Berlin pada Disember 2016 yang mengorbank­an 12 orang.

Polis bersenjata dikerahkan ke Muenster selepas insiden kelmarin dan anggota polis menggesa penduduk untuk mengelak pusat bandar untuk membolehka­n penyiasat menjalanka­n kerja di tengah-tengah kebimbanga­n awal bahawa negara itu telah mengalami satu serangan pelampau.

Merkel berkata, beliau amat terkejut dengan insiden itu dan pihak berkuasa akan berusaha menentukan punca di sebalik perbuatan ini dan membantu mangsa.

Presiden Rusia dan Perancis, Vladimir Putin dan Emmanuel Macron, masing-masing menyampaik­an ucapan takziah.

Serangan itu adalah yang terbaharu dalam siri serangan di seluruh Eropah di mana kenderaan telah digunakan untuk menyerang orang ramai di tempat awam.

Dalam serangan pasar Natal di Berlin, pencari suaka dari Tunisia Anis Amri mencuri sebuah trak dan membunuh pemandunya dari Poland sebelum dia membunuh 11 orang lagi dan mencederak­an puluhan lagi dengan memandu kenderaan berat itu menerusi pasar perayaan tersebut di tengah Berlin.

Dia ditembak mati oleh polis Itali di Milan empat hari kemudian ketika melarikan diri.

Sejak itu Jerman telah disasari lagi dalam serangan dengan motif Islamis radikal.

Pada Julai 2017, seorang pencari suaka Palestin berusia 26 tahun bersenjata­kan pisau menyerbu masuk ke dalam sebuah pasar raya di bandar raya pelabuhan utara Hamburg, membunuh seorang individu dan mencederak­an enam lagi sebelum ditahan oleh orang awam.

Mahkamah pada bulan lepas menjatuhka­n hukuman penjara seumur hidup ke atasnya selepas mendapati tertuduh mempunyai motif pelampau.

IS turut mengaku bertanggun­gjawab bagi beberapa serangan pada 2016, termasuk pembunuhan seorang remaja di Hamburg, serangan bom nekad di bandar selatan Ansbach yang mencederak­an 15 orang, dan serangan kapak dalam sebuah kereta api di Bavaria yang mencederak­an lima orang. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? AMUKAN MAUT: Beg mengandung­i mayat di atas usungan dipunggah ke dalam van ketika penyiasat menjalanka­n siasatan di tempat kejadian di Muenster, barat Jerman kelmarin.
— Gambar AFP AMUKAN MAUT: Beg mengandung­i mayat di atas usungan dipunggah ke dalam van ketika penyiasat menjalanka­n siasatan di tempat kejadian di Muenster, barat Jerman kelmarin.
 ?? — Gambar Reuters ?? DIHORMATI: Charles dan para penari bergambar semasa lawatan beliau ke Hospital Pusat Port Vila di Vanuatu, kelmarin.
— Gambar Reuters DIHORMATI: Charles dan para penari bergambar semasa lawatan beliau ke Hospital Pusat Port Vila di Vanuatu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia