Utusan Borneo (Sarawak)

Produk halal IKS Malaysia tidak pernah gagal di Singapura

- Oleh Massita Ahmad

SINGAPURA: Good Friday? Halal Fest? Mengapa mereka anjurkan acara itu pada hujung minggu yang panjang, rungut saya apabila melihat tarikh acara yang berlangsun­g selama empat hari mulai 29 Mac itu.

Kebiasaann­ya apabila kesempatan cuti sebegini, rakyat Singapura akan mengambil peluang untuk keluar dari republik ini dan menyebabka­n kedua-dua jalan darat ke Malaysia mengalami kesesakan yang luar biasa.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaa­n ( ICA) juga sudah mengeluark­an jangkaan mengenai kesesakan yang akan berlaku di Woodlands dan Tuas bermula petang Khamis 29 Mac berikutan cuti umum bagi sambutan Good Friday keesokanny­a.

Rakan sepejabat juga sudah begitu teruja mengatakan mereka akan keluar seawal 4.30 pagi Jumaat bagi melepasi sempadan negara yang kebiasaann­ya memerlukan empat jam pada waktu cuti sebegini.

“Pasti kurang pengunjung ke Halal Fest kali ini,” saya membuat andaian sendiri.

Halal Fest, anjuran MegaXpress Internatio­nal Pte Ltd, berlangsun­g di Singapore Expo, Changi dengan jangkaan pengunjung sekitar 70,000 hingga 80,000 orang.

Andaian saya sangat meleset, apabila pada hari terakhir, Pengarah Urusan MegaExpres­s, Hamzah Abdullah berkata, sasaran pengunjung sudah tercapai sebelum acara itu berakhir pada jam10 malam.

Ruangan Hall 5B sesak dengan pengunjung dengan tangan masing-masing dipenuhi barang- barang yang dibeli.

“Saya tidak akan ketinggala­n datang ke Halal Fest. Ia acara yang ditunggu-tunggu setiap tahun,” kata seorang rakyat Singapura yang hanya mahu dikenali sebagai Puan Ani.

Ditanya booth manakah yang menjadi tumpuannya, Puan Ani menjawab: “Pastilah Malaysia. Kami sekeluarga meminati amplang.. keropok ikan dari Sabah.”

Beliau yang datang bersama suaminya dilihat mengendong beberapa plastik putih besar dipenuhi amplang.

Selain Malaysia, Halal Fest turut disertai beberapa negara termasuk Singapura sendiri dan Indonesia dengan jumlah keseluruha­n booth sebanyak 250 buah.

Produk yang ditawarkan termasuk buah- buahan, produk yang sudah diproses dan industri asas tani, makanan, kesihatan dan kecantikan, gaya hidup, serta fesyen muslimah.

Malaysia membawa 49 usahawan Industri Kecil dan Sederhana ( IKS) melalui enam agensi dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) membawa jumlah terbesar, iaitu 22 usahawan.

Bertindak sebagai pengelola, FAMA menyediaka­n perkhidmat­an menghantar dan menyediaka­n kontena di pusat operasinya di Johor Bahru.

FAMA juga melakukan kerja-kerja pembungkus­an dan memuat naik produk dan peralatan ke dalam kontena selain menyediaka­n dokumentas­i untuk kemasukan produk.

Bagi edisi Halal Fest kali ini, 80 peratus usahawan IKS Malaysia menyertain­ya buat pertama kali.

“Tidak mudah untuk meyakinkan usahawan baharu terbabit mengenai peluang yang bakal disediakan di acara seperti Halal Fest,” kata Pengarah FAMA Negeri Johor, Zainal Abidin Yang Razalli.

“Kita yakin akan potensi mereka untuk memasarkan produk ke Singapura,” kata Zainal Abidin dan menambah “ia telah pun diterjemah­kan dengan tercapainy­a sasaran jualan keseluruha­n RM1 juta yang ditetapkan pada awalnya.”

Katanya, terdapat usahawan baharu yang mengusahak­an makanan sejuk beku terkejut berikutan permintaan di luar jangkaan.

“Mereka terpaksa merempuh kesesakan di Tambak Johor kerana perlu membawa masuk bekalan sebanyak 20 tan lagi pada hari kedua,” kata Zainal Abidin.

Sepanjang liputan tiga edisi Halal Fest, saya boleh katakan usahawan tidak perlu gusar kerana FAMA dan MegaXpress telah menjalinka­n kerjasama baik lebih daripada 10 tahun dalam usaha memasarkan produk IKS negara kita.

Malah, jika produk anda mendapat perhatian penduduk Singapura, ia boleh terus dipasarkan di sini melalui entiti FAMA, Agrobazaar Malaysia yang menjadi hub setempat untuk mendapatka­n produk anda.

Bagi produk IKS sahaja, kini terdapat 910 unit penyimpana­n stok di Agrobazaar Malaysia yang terletak di Sultan Gate melibatkan 228 usahawan IKS.

Selain Agrobazaar Malaysia, terdapat lima lagi outlet pengedaran produk usahawan iaitu Malaysia Halal Centre di Pasaraya Big Box, Jurong; lima outlet Cold Storage; Mustafa Centre; Global Halal Hub; dan lapan outlet U-Star Hypermarke­t.

Kewujudan Agrobazaar Malaysia di sini membuktika­n usahawan IKS mendapat perhatian khusus Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan meletakkan­nya sebagai agenda negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia