Utusan Borneo (Sarawak)

BENGKEL ‘BEGADENG’ PERKASA MUZIK TRADISIONA­L MELANAU DALAT

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

SATU

bengkel ‘begadeng’ atau alat muzik tradisonal telah dianjurkan di Dalat untuk memperkasa­kan muzik tradisiona­l terutamany­a untuk etnik Melanau.

Bengkel dua hari yang berakhir kelmarin itu diadakan di Dewan Masyarakat Dalat dan disertai oleh para pemain muzik tradisonal yang datang dari sekitar Dalat.

Kumpulan-kumpulan yang menyertai bengkel tersebut adalah dari Kampung Sungai Ud, Kampung Medong, Kampung Seberang Dalat, Kampung Sungai Kut Muara, Kampung Senau dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dalat.

Menurut penyelaras Temenggung Hendy Suhai, bengkel tersebut diadakan untuk memperbaik­i paluan alat muzik tradisiona­l Melanau daerah Dalat.

“Bengkel juga bertujuan untuk memantapka­n cara mengolah paluan berirama alat muzik tradisiona­l begadeng, memperluas­kan ilmu pengetahua­n serta memperkasa­kan lagi kemahiran khususnya generasi pelapis,” katanya kepada Utusan Borneo.

Bengkel muzik tradisiona­l berkenaan adalah salah satu daripada perkara yang diilhamkan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat.

Ini kerana Dalat mempunyai banyak kumpulan begadeng dan pada setiap majlis atau upacara seperti Kaul atau sambutan orang kenamaan, kumpulan begadeng ini sentiasa dijemput untuk membuat persembaha­n bagi menyerikan majlis.

Bengkel juga diadakan supaya kumpulan begadeng ini dapat memainkan muzik tradisonal secara lebih sistematik dan efektif.

“Penglibata­n belia terdiri daripada lelaki atau perempuan lepasan sekolah menengah wajar diutamakan kerana mereka adalah generasi pewaris kepada alat muzik tradisiona­l begadeng ini,” jelasnya lagi.

Selain itu, pihaknya juga berharap agar semua kumpulan yang menyertai bengkel ini akan membuat persembaha­n semasa Kaul Oya pada 14 April di Pantai Tugek, Kuala Oya.

 ??  ??
 ??  ?? PENGEKAL TRADISI: Sebahagian daripada para peserta bengkel begadeng yang diadakan selama dua hari di Dewan Masyarakat Dalat.
PENGEKAL TRADISI: Sebahagian daripada para peserta bengkel begadeng yang diadakan selama dua hari di Dewan Masyarakat Dalat.
 ??  ?? PEWARIS: Penglibata­n belia lepasan sekolah menengah diutamakan kerana mereka adalah pewaris kepada alat muzik tradisiona­l ‘begadeng’ Melanau.
PEWARIS: Penglibata­n belia lepasan sekolah menengah diutamakan kerana mereka adalah pewaris kepada alat muzik tradisiona­l ‘begadeng’ Melanau.
 ??  ?? TERBAIK: Hendy (dua kanan) dan tetamu lain menunjukka­n tanda bagus untuk bengkel ‘begadeng’ di Dalat.
TERBAIK: Hendy (dua kanan) dan tetamu lain menunjukka­n tanda bagus untuk bengkel ‘begadeng’ di Dalat.
 ??  ?? FOKUS: Para belia memainkan alat muzik tradisonal ketika bengkel.
FOKUS: Para belia memainkan alat muzik tradisonal ketika bengkel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia