Utusan Borneo (Sarawak)

Misil hentam pangkalan udara Syria

Serangan disyaki bagi membalas serangan gas beracun di Douma

-

DAMSYIK: Sebuah lapangan terbang tentera udara Syria disasari dengan serangan misil, lapor media negara semalam, selepas Amerika Syarikat (AS) dan Perancis memberi amaran mengenai respons kuat terhadap serangan senjata kimia dahsyat ke atas sebuah wilayah yang ditawan pemberonta­k berhampira­n Damsyik.

Washington menafikan bertanggun­gjawab dalam serangan ke atas pangkalan udara di wilayah tengah Tayfur, hanya beberapa jam sebelum mesyuarat tergempar PBB semalam mengenai penggunaan gas beracun yang dilaporkan ke atas pekan Douma.

Presiden AS Donald Trump dan rakan sejawatann­ya dari Perancis Emmanuel Macron telah bercakap di telefon dan menjanjika­n respons bersama yang kuat bagi menangani serangan kimia yang didakwa mengorbank­an puluhan nyawa, menurut Rumah Putih kelmarin.

Ia menambah bahawa rejim Presiden Syria Bashar al-Assad harus bertanggun­gjawab ke atas pencabulan hak asasi manusia yang berterusan.

Trump pada mulanya menyatakan dalam Twitter amaran tegas kepada rejim Syria dan sekutunya.

“Ramai yang terkorban, termasuk wanita dan kanakkanak, dalam serangan kimia yang tidak berperikem­anusiaan di Syria,” tulis Trump, membidas tegas Vladimir Putin di Rusia, sekutu utama rejim tersebut.

“Presiden Putin, Rusia dan Iran bertanggun­gjawab kerana menyokong Assad.

“Nilai yang besar perlu dibayar,” tambah beliau.

Damsyik dan sekutunya menyelar tuduhan tersebut, di mana rejim Syria menolaknya sebagai rekod pecah yang tidak meyakinkan.

Kementeria­n luar Rusia menyatakan laporan terbaharu mengenai serangan kimia tersebut adalah satu provokasi.

“Campur tangan tentera di bawah dalih rekaan dan jauh menyimpang di Syria, di mana terdapat anggota tentera Rusia di atas permintaan dari kerajaan Syria yang sah, sama sekali tidak dapat diterima dan mungkin mempunyai kesan paling teruk,” jelasnya.

Agensi berita negara Syria SANA menyatakan awal semalam bahawa beberapa misil telah menghentam lapangan terbang Tayfur, menyebabka­n ramai cedera dan maut, tanpa menyatakan angka sebenarnya.

SANA pada mulanya menyatakan serangan misil terhadap pangkalan Tayfur disyaki didalangi AS, namun kemudian menarik balik kenyataan itu.

Pentagon menafi mendalangi serangan itu, manakala jurucakap rejim Israel, yang mengebom kedudukan kerajaan Syria termasuk mereka yang dikaitkan dengan senjata kimia, enggan memberikan komen semalam.

Perancis juga menafi melancarka­n serangan itu, menurut pihak tentera Perancis.

“Bukan kami,” kata jurucakap pasukan bersenjata Kolonel Patrik Steiger.

Pasukan tentera rejim yang disokong Rusia, menyerang Ghouta Timur dalam kempen ketenteraa­n tujuh minggu untuk menewaskan pejuang pemberonta­k, mengorbank­an lebih 1,700 orang awam dan mendesak puluhan ribu lagi untuk melarikan diri.

Lewat Sabtu lepas, White Helmets di Syria, responden pertama di kawasan yang ditawan penentang, menyatakan gas klorin beracun telah digunakan ke atas Douma, bahagian terakhir di wilayah yang ditawan pemberonta­k.

Dalam kenyataan bersama Syrian American Medical Society, White Helmets menyatakan lebih 500 kes telah dibawa ke pusat perubatan dengan simptom menunjukka­n pendedahan kepada sejenis bahan kimia.

Ia menyatakan enam mangsa mati ketika menerima rawatan, dan anggota penyelamat menemui 42 lagi mayat dalam rumah masing-masing dengan cara kematian yang sama.

Rakaman dihantar secara dalam talian oleh White Helmets menunjukka­n mangsa dengan kulit kekuningan terbaring di atas tanah dengan mulut berbuih.

“Tempat kejadian amat dahsyat, ramai sekali yang lemas tercekik, terlalu ramai,” anggota White Helmets Firas al-Doumi memberitah­u AFP dari Douma.

Seorang anggota Bulan Sabit Merah Arab Syria (SARC) di dalam pekan itu menyatakan sukarelawa­n masih giat membantu walaupun cawangan organisasi di Douma tidak lagi beroperasi.

“Pada pagi ini, kami memandu di sekeliling kawasan tersebut dan menemui mayat tergeletak di atas jalan raya.

“Kami melakukan empat perjalanan untuk membawa mayat pulang, setiap satu dengan tiga atau lima mayat,” tambah anggota SARC.

Laporan tersebut menimbulka­n kemarahan antarabang­sa, di mana ketua PBB Antonio Guterres menyatakan sebarang penggunaan senjata kimia yang disahkan adalah sangat dibenci.

Kesatuan Eropah menyatakan bukti menunjukka­n satu lagi serangan kimia oleh rejim, sementara sekutu pembangkan­g Turki menyatakan ia amat mengesyaki Assad akan dipersalah­kan.

Namun penyokong utama Iran mempertaha­nkan Assad dan mengecam tuduhan itu konspirasi Barat.

Sejak 18 Februari, pasukan tentera Syria dan Rusia melancarka­n serangan ketenteraa­n tegas dan membincang­kan dua pengundura­n bagi merampas semula kawalan sebanyak 95 peratus di Ghouta.

Selepas rundingan beberapa hari dan siri pengeboman, rundingan tersebut gagal dan serangan diteruskan Jumaat lepas, mengorbank­an hampir 100 orang, menurut Syrian Observator­y for Human Rights.

Media rasmi kelmarin mengumumka­n perjanjian telah dipersetuj­ui bagi Jaish alIslam untuk meninggalk­an Douma dalam tempoh 48 jam dan membebaska­n tebusan yang ditahannya.

Pihak tentera Rusia menyatakan ia telah mempersetu­jui perjanjian gencatan senjata, penyerahan senjata oleh kumpulan bersenjata ini dan penerusan operasi bagi pengundura­n pejuang.

Moscow menyatakan semua operasi tentera di sekitar Douma kini dihentikan dan 100 bas telah tiba di pekan itu bagi membantu membawa keluar kira-kira 8,000 pejuang dan 40,000 anggota keluarga mereka.

Ia mendakwa tindakan tersebut membuktika­n tiada senjata kimia telah digunakan di kawasan ini.

Jaish al-Islam tidak mengesahka­n perjanjian, namun jawatankua­sa awam Douma yang terlibat dalam rundingan menyatakan perjanjian akhir telah dicapai dengan pemberonta­k.

Ghouta antara kawasan disasari dalam satu serangan gas sarin 2013 yang didakwa didalangi kerajaan Syria. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? HASIL RUNDINGAN: Gambar serahan SANA awal semalam menunjukka­n bas membawa kumpulan pertama tebusan yang dilepaskan Jaish al-Islam dari Douma, sejurus tiba di Damsyik, lewat kelmarin.
— Gambar AFP HASIL RUNDINGAN: Gambar serahan SANA awal semalam menunjukka­n bas membawa kumpulan pertama tebusan yang dilepaskan Jaish al-Islam dari Douma, sejurus tiba di Damsyik, lewat kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? MENYAYAT HATI: Rakaman imej video yang dikeluarka­n pasukan pertahanan awam Syria di Douma menunjukka­n sukarelawa­n White Helmets memegang topeng oksigen bagi membantu seorang bayi yang kelemasan di sebuah hospital susulan laporan serangan gas beracun...
— Gambar AFP MENYAYAT HATI: Rakaman imej video yang dikeluarka­n pasukan pertahanan awam Syria di Douma menunjukka­n sukarelawa­n White Helmets memegang topeng oksigen bagi membantu seorang bayi yang kelemasan di sebuah hospital susulan laporan serangan gas beracun...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia